Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

160) PILIHANRAYA NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk mengadakan pilihan raya Umum Negeri Selangor secara tersendiri dan berasingan daripada membubarkan Dewan Negeri secara serentak dengan Dewan Rakyat pada pilihan raya umum?

    Sebarang keputusan membubarkan Dewan Negeri hanya boleh diperbuat dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku atas permintaan Kerajaan Negeri.  Setakat ini Kerajaan Negeri tiada rancangan khusus bagi perkara ini.

  2. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan menghantar cadangan-cadangan kepada Suruhanjaya pilihan raya untuk menambahkan jumlah kerusi di Dewan Undangan Negeri Selangor ini?

    Sebarang pindaan sempadan pilihan raya hanya boleh dibuat dengan 2/3 Dewan Negeri. Kerajaan Negeri akan berbincang dengan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) tentang perkara dibangkitkan ini.

  3. Adakah Kerajaan Negeri akan memberikan cadangan bagi nama-nama yang sesuai untuk kawasan-kawasan yang baru?

    Sebarang pindaan sempadan pilihan raya hanya boleh dibuat dengan 2/3 Dewan Negeri. Kerajaan Negeri akan berbincang dengan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) tentang perkara dibangkitkan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.