Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
193) PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN SEBELUM 1965
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan pilihanraya kerajaan tempatan yang diadakan di Selangor (termasuk Kuala Lumpur) sebelum ianya dibekukan pada tahun 1965.
Maklumat terperinci berkenaan pilihanraya kerajaan tempatan yang diadakan di Selangor (termasuk Kuala Lumpur) sebelum ianya dibekukan pada tahun 1965 telah dirujuk ke Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan namun sehingga kini maklumat tersebut masih belum diperolehi kerana pihak berkenaan turut merujuk kepada pihak Arkib.
Walau bagaimanapun, merujuk kepada sejarah pilihanraya kerajaan tempatan melalui penulisan Dr Goh Ban Lee, pengalaman pertama di dalam proses pemilihan perwakilan di dalam kerajaan adalah pada tahun 1857 di Pulau Pinang. Para pembayar cukai telah memilih tiga (3) daripada lima (5) Pesuruhjaya Perbandaran untuk George Town. Pilihan raya yang serupa telah diadakan di Melaka namun ianya diisytiharkan tidak sah kerana kurang pengundi dan sikap acuh tidak acuh di kalangan masyarakat.
-
Sertakan tahun pilihanraya diadakan, bilangan dan nama kerusi yang dipertandingkan, nama calon dan parti yang bertanding, jumlah undi yang diperolehi setiap calon serta pemenangnya untuk setiap pilihanraya bagi sesebuah kerajaan tempatan itu.
Pada tahun 1951, George Town sekali lagi mempelopori piliharaya kerajaan tempatan yang mana sembilan (9) daripada lima belas (15) Pesuruhjaya Perbandaran telah dipilih.
Pada tahun 1952, pilihanraya kerajaan tempatan telah diadakan untuk pemilihan dua belas (12) daripada lapan belas (18) Pesuruhjaya di Majlis Perbandaran Kuala Lumpur. Manakala pada tahun-tahun yang berikutnya, pilihan raya yang sama telah diadakan di ibu negeri.
Pada Disember 1956, Majlis Perbandaran George Town telah menjadi majlis tempatan pertama yang dipilih secara pilihanraya. Yang Dipertua dipilih dikalangan Pesuruhjaya dan orang yang pertama di negara ini yang memegang jawatan ketua di majlis tempatan adalah Goh Guan Hoe (parti Alliance).
Selain daripada itu, pada tahun 1959, jadual pilihanraya di Kuala Lumpur tidak dapat digantung di atas alasan daftar pemilihan belum bersedia manakala pada tahun 1960-an pilihanraya kerajaan tempatan turut diadakan di Ipoh, Melaka dan Seremban.