Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
147) PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah kerajaan negeri bercadang melaksanakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan di Selangor?
Kerajaan Negeri Selangor masih dalam kajian dan perbincangan berkenaan perlaksanaan Pemilihan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan di PBT Negeri Selangor
Dalam hal ini Kerajaan Negeri perlu mengambil kira keputusan Mahkamah Persekutuan yang membuat keputusan bahawa Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan yang diluluskan oleh kerajaan Pulau Pinang pada 2012 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak dibenarkan untuk mengadakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan.
Memandangkan Kerajaan Negeri Selangor masih lagi mengkaji kaedah perlaksanaannya, Kerajaan Negeri akan meneliti semua isu berbangkit melibatkan isu perundangan, implikasi kewangan dan kesediaan PBT untuk melaksanakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan serta maklumbalas rakyat.
-
Bagaimanakah pelaksanaannya bagi PBT yang mempunyai komposisi kaum yang tidak seimbang?
Sama seperti di SUB(a)