Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
94) PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Dewan Undangan Negeri telah pun meluluskan usul Pilihan Raya Kerajaan Tempatan. Apakah tindakan yang telah dilaksanakan untuk merealisasikan matlamat ini.
Demi merealisasikan matlamat ini Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap
Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan telah melantik satu pasukan penyelidik
yang terdiri daripada Peguam, Ahli Akademik dan NGO untuk melaksanakan kajian
bagi melaksanakan Pilihan raya Kerajaan Tempatan. Kajian ini telah dibentangkan
kepada Kerajaan Negeri. Beberapa cadangan telah dikemukakan oleh pasukan
penyelidik ini untuk dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri. -
Adakah Kerajaan Negeri melibatkan badan-badan bukan kerajaan tentang perkara ini.
Ya. Kerajaan Negeri telah memastikan penglibatan badan-badan bukan kerajaan seperti
Peguam, Ahli Akademik dan NGO yang telah menjalankan kajian dari pelbagai aspek
demi merealisasikan pelaksanaan Pilihan raya Kerajaan Tempatan -
Adakah tujuan menghadapi tentangan dari Kerajaan Pusat
Memandangkan cadangan ini masih di peringkat kajian dan belum dilaksanakan, maka
tiada tentangan yang jelas diterima setakat ini. Mungkin apabila ia mula dilaksanakan,
tentangan bakal diterima kerana wujud kekangan dari segi undang-undang seperti yang
termaktub di bawah Seksyen 15(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang
memperuntukkan walau apa pun yang berlawanan yang terkandung dalam manamana undang-undang bertulis, semua peruntukan berhubungan dengan pilihan
raya kerajaan tempatan hendaklah terhenti berkuat kuasa atau mempunyai kesan.
Secara jelas ia tidak memberi ruang untuk melaksanakan Pilihan raya Kerajaan
Tempatan. Sekiranya pilihan raya ini ingin dilaksanakan, pihak Suruhanjaya Pilihan raya
(SPR) merupakan agensi yang berhak dan bertanggungjawab melaksanakannya. Pihak
Kerajaan Negeri sedang dalam proses dengan SPR mengenai perkara ini dan juga
membawa usul ini ke Dewan Rakyat agar Akta Kerajaan Tempatan 1976 dapat dipinda.