Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
104) PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Butirkan persiapkan Kerajaan Negeri untuk menghadapi pilihanraya kerajaan tempatan, seperti yang diumumkan oleh Menteri KPKT akan dilaksanakan dalam masa 3 tahun.
Pada masa ini, Kerajaan Persekutuan masih dalam tindakan untuk mengkaji pelaksanaan Pilihanraya Kerajaan Tempatan termasuk perkara yang yang melibatkan Akta Kerajaan Tempatan 1976( Akta 171) berkaitan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan.
Sehingga kini, sebanyak dua (2) siri bengkel telah diadakan oleh KPKT bagi membincangkan cadangan pelaksanaan Pilihanraya Kerajaan Tempatan iaitu pada 12 Julai 2018 dan 8 Oktober 2018, di mana semua Kerajaan Negeri dan beberapa PBT turut dijemput untuk berkongsi pandangan dan idea.
Untuk makluman juga, satu konvensyen Kerajaan Tempatan akan diadakan pada 10 & 11 Disember 2018 yang akan dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri dan salah satu agenda yang akan dibincangkan adalah berkenaan Pilihanraya Kerajaan Tempatan.
Kerajaan Negeri masih menunggu sehingga satu dasar diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan mengenai perkara ini sebelum memutuskan pendirian Kerajaan Negeri.