Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

147) PILIHAN RAYA KERAJAAN TEMPATAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah satu jadual waktu telah ditentukan untuk memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan dan halangan-halangan dihadapi?

    Setakat ini Kerajaan Negeri belum menetapkan jadual waktu tertentu untuk
    memulihkan pilihan raya Kerajaan Tempatan memandangkan terdapat halangan undang-undang seperti yang terkandung dalam Seksyen 15(1) Akta 171 yang menerangkan seperti berikut :-

    “Walau apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, semua peruntukan-peruntukan berhubungan dengan pilihan raya kerajaan tempatan hendaklah terhenti berkuat kuasa atau mempunyai kesan”

    Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri akan berbincang dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk mencadangkan supaya Akta tersebut di pinda bagi membolehkan pilihan raya Kerajaan Tempatan dapat diadakan kelak.

  2. Sagaimana kerajaan negeri dapat mempertingkatkan ketelusan, kebertanggungjawaban dan pentadbiran baik di PST jikalau ianya masih belum dipulihkan dalam jangka masa ditentukan?

    Kerajaan Negeri telah menjalankan pemantauan berterusan melalui ” Sistem Kad Prestasi ” dan mewujudkan Unit Audit Dalam di setiap PST.

Lampiran

Tiada Lampiran.