Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

13) PILIHAN RAYA JKKK

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan bagi melaksanakan pilihan raya JKKK di Selangor?

    Setakat ini Kerajaan Negeri masih belum lagi membuat sebarang perancangan bagi melaksanakan pilihan raya JKKK di Negeri Selangor Darul Ehsan.

  2. Senaraikan jumlah peruntukan yang diberi kepada JKKK pada tahun 2008 dan 2009 mengikut daerah.

    1. Berikut adalah jumlah peruntukan yang diberi kepada JKKK pada tahun 2008 dan 2009 mengikut daerah.
      1. Jumlah peruntukan yang diberi kepada JKKK pada tahun 2008 adalah seperti berikut :-
    Bil. Daerah Jumlah (RM) Catatan
    1 Petaling 218,400.00  
    2 Klang 108,470.00  
    3 Gombak 611,552.00  
    4 Hulu Langat 326,517.40  
    5 Sepang 217,000.00  
    6 Kuala Langat 215,220.00  
    7 Kuala Selangor 418,186.00  
    8 Hulu Selangor 345,752.00  
    9 Sabak Bernam 891,000.00  
      JUMLAH 3,352,097.40  
    1. Jumlah peruntukan yang diberi kepada JKKK pada tahun 2009 adalah seperti berikut :-

     

    Bil. Daerah Jumlah (RM) Catatan
    1 Petaling 159,600.00  
    2 Klang 277,200.00  
    3 Gombak 294,000.00  
    4 Hulu Langat 512,400.00  
    5 Sepang 159,600.00  
    6 Kuala Langat 285,600.00  
    7 Kuala Selangor 462,000.00  
    8 Hulu Selangor 277,200.00  
    9 Sabak Bernam 663,600.00  
      JUMLAH 3,091,200  
  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi pembangunan JKKK di negeri Selangor?

    Perancangan pembangunan JKKK di Negeri Selangor adalah tertumpu kepada program pembangunan modal insan yang mana jentera pentadbiran JKKK sentiasa dimantapkan dengan kursus, seminar dan bengkel yang dibuat dari semasa ke semasa. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga sedang merancang untuk mewujudkan program ‘Satu Kampung, Satu Industri’.

Lampiran

Tiada Lampiran.