Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
283) PILI BOMBA UNTUK SEKITAR SEKOLAH SJK(C) SUNGAI BULOH
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah pemasangan pili tersebut boleh di lakukan untuk jaminan keselamatan terutama di Pintu B hadapan sekolah ?
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor, melalui Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat telah mengarahkan pegawai penyiasat untuk melaksanakan Mencegah Bahaya Kebakaran dan ianya adalah benar kedudukan pili bomba jauh dari pintu B hadapan sekolah SJK(C) Sungai Buloh. Hasil pemeriksaan terdapati pili bomba yang hampir dengan pintu hadapan sekolah adalah 10m, manakala bagi kedudukan pili bomba di belakang sekolah adalah sejauh 350m. Bahagian Operasi telah membuat surat permohonan kepada Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk mendapat kelulusan pemasangan Pili Bomba di Sekolah Berkenaan.