Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

153) PILI BOMBA DI SEKITAR SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah pili bomba yang berada di sekitar Selangor.

    Jumlah pili bomba yang berada di sekitar Negeri Selangor:

    Pili Bomba awam : 69,095 Unit

    Pili Bomba Swasta : 10,169 Unit

    Jumlah: 79,264 Unit

  2. Berapakah jumlah pili bomba yang tidak dapat digunakan setakat tahun 2024?

    Jumlah Pili Bomba yang tidak dapat digunakan setakat 2024 adalah sebanyak 2,607 Unit . Jumlah ini adalah 3% daripada keseluruhan pili bomba di Selangor.

  3. Apakah inisiatif kerajaan bagi memastikan pili-pili bomba ini boleh diguna pakai oleh Pihak Berkuasa dan tidak disalahgunakan?

    Insiatif kerajaan untuk memastikan Pili Bomba dapat digunakan dan tidak disalahguna:

     
    i) Memperuntukan perbelanjaan bagi tujuan pembaikan dan pemasangan baru dengan butiran seperti berikut:

     

    –       Bagi pembaikan Pili Bomba:

     

    TAHUN PERUNTUKAN JUMLAH PILI
    2022 RM 482,230.00 211
    2023 RM 271,950.00 120
    2024 RM 280,000.00 112

     

     

     

    –       Bagi pemasangan Pili Bomba baru:

     

    TAHUN PERUNTUKAN JUMLAH PILI
    2022
    2023 RM 204,500.00 30
    2024 RM 175,000.00 25

     

     

    ii) Pili Bomba akan diperiksa sekurang-kurangnya sekali setahun oleh Balai Bomba berdekatan bagi memeriksa dan memastikan keberfungsian pili tersebut.

     

    iii)  

    Tindakan penguatkuasaan turut dilakukan bagi memastikan pili bomba tidak dihalang dan disalahguna. Berikut adalah statistik kompaun yang berkait dengan pili bomba:

    TAHUN JUMLAH
    2022 239
    2023 53
    2024 21 (Sehingga Mei)

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.