Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

178) PILI BOMBA BAWAH TANAH

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri dapat menukar "Under Ground Hydrant" kepada pili bomba atas tanah?

    Ya. Peruntukan kerajaan negeri boleh disalurkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor bagi menyelaras kerja-kerja pertukaran pili bomba bawah tanah kepada pili bomba atas tanah.

     

  2. Jika ya, sila nyatakan tarikh akan dimulakan dan nyatakan sebab-sebab jika tidak.

    i)       Kebanyakan pili bomba bawah tanah rosak akibat tertimbus / tertanam dah tidak mudah diselenggara . Terdapat 3700 pili bomba bawah tanah yg berada di seluruh Negeri Selangor. Anggaran kos bagi menukar pili bomba bawah tanah ke pili bomba atas tanah adalah sekitar RM11,000.00 seunit.

    RM11,000.00 X 3700 UNIT = RM 40,700, 000.00

    ii) Pada rekod Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor terdapat 61551 unit pili bomba jenis atas tanah (Pillar Hydrant) dan 3700 unit pili bomba jenis bawah tanah (Ground Hydrant).

    iii) Bagi tahun 2020, JBPM Negeri Selangor telah membuat penyelenggaraan pili bomba jenis atas tanah sebanyak 94 unit dan 27 unit pili bomba bawah tanah dengan peruntukan sebanyak RM250,000.00 dengan pelbagai kerosakan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.