Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

64) PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) YANG MENGALAMI DEFISIT

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang masih mengalami defisit kewangan.

    Secara keseluruhannya, kedudukan kewangan 12 PBT Negeri Selangor berada di dalam keadaan yang baik. Ianya boleh dilihat melalui kedudukan rizab tunai yang direkodkan, di mana ia menggambarkan kemampuan kewangan PBT untuk menampung keseluruhan liabiliti atau tanggungan semasa PBT masing-masing.

    Sehubungan itu, tiada PBT Negeri Selangor yang mencatatkan defisit berdasarkan Penyata Kewangan Tahun 2015 yang telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara. Walau bagaimanapun, jumlah rizab tunai PBT bagi tahun 2016 masih dalam semakan Jabatan Audit Negara. Butiran terperinci rizab tunai PBT Negeri Selangor adalah seperti jadual berikut:

    KEDUDUKAN RIZAB PBT SELANGOR DARI TAHUN 2014 SEHINGGA 2015

    YANG TELAH DIAUDIT

    PIHAK

    BERKUASA

    TEMPATAN

    RIZAB TUNAI (RM JUTA)
    TAHUN 2014 TAHUN 2015
    MBSA 370.84 401.13
    MBPJ 420.85 411.22
    MPK 28.86 82.89
    MPAJ 92.87 107.91
    MPSJ 128.49 102.52
    MPS 44.77 70.53
    MPKJ 172.84 207.50
    MPSP 133.04 192.29
    MDKS (8.05) 12.17
    MDHS 16.32 43.89
    MDKL 28.77 35.03
    MDSB 9.40 5.88
    JUMLAH 1,439.00 1,672.96

     

  2. Apakah langkah- langkah dan bantuan kerajaan negeri untuk membantu PBT berkenaan?

    Sama seperti di SUB(a)

  3. Apakah stratergi jangka panjang untuk membaiki kedudukan sumber kewangan PBT berkenaan?

    Dalam usaha memperkukuhkan rizab dan sekali gus memberi perkhidmatan yang berkualiti, cepat dan mesra kepada rakyat, Kerajaan Negeri telah menetapkan dasar perbelanjaan berhemah dan kawalan tunai yang berkesan bagi membantu meningkatkan rizab PBT Negeri Selangor melalui belanjawan yang diluluskan. Walau bagaimanapun, PBT juga perlu mengawal dan memastikan perbelanjaan yang dikeluarkan adalah seimbang dengan hasil yang boleh dikutip.

Lampiran

Tiada Lampiran.