Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

80) PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan kerajaan negeri untuk menentukan PST dapat memberikan perkhidmatan terbaik rakyat?

  2. Berapakah jumlah peruntukan yang terlibat di tiap-tiap PBT?

    Jumlah peruntukan yang disediakan oleh setiap PST untuk memberikan
    perkhidmatan terbaik kepada rakyat bergantung kepada kutipan hasil bagi setiap PST. Jumlah hasil cukai taksiran PST Negeri Selangor pada tahun 2007 adalah seperti berikut:

  3. Apakah tindakan PBT kepada mereka yang tidak menjelaskan cukai yang berkaitan di PBT tersebut ?

    Tindakan yang boleh diambil oleh PST terhadap mereka yang tidak menjelaskan cukai taksiran seperti yang termaktub di bawah seksyen 148-151 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) adalah seperti berikut:

    Majlis boleh mengeluarkan notis (Borang E) kepada pemilik harta yang
    mempunyaitunggakan cukai taksiran untuk menyelesaikannya dalam tempoh 15 hari dari tarikh notis disampaikan (seksyen 148).

    Sekiranya pemilik harta ingkar terhadap notis tersebut, Majlis boleh
    mengeluarkan waran tahanan (Borang F) berserta borang senarai inventori
    (Borang G) bagi membolehkan pegawai Majlis melakukan penyitaan terhadap harta alih yang terdapat pada premis yang mempunyai tunggakan. Harta alih yang disita akan dialihkan daripada premis dan dijual melalui lelongan awam bagi menampung pembayaran tunggakan cukai taksiran tersebut.

    Sekiranya tiada harta alih atau nilai harta tersebut tidak mencukupi, Majlis akan menyita pegangan tersebut dan memohon perintah daripada Mahkamah Tinggi bagi menjual peganganberkenaan (seksyen 151).

    Tuntutan bagi mendapatkan jumlah tertunggak juga boleh dilakukan di bawah seksyen 156 melalui tuntutan sivil.

Lampiran

Tiada Lampiran.