Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
70) PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah PBT-PBT bermakna untuk membuat keuntungan daripada pemilikan dan penyewaan harta, perkhidmatan penyelenggaraan dan perkhidmatanperkhidmatan lain terutamanya apabila tujuan PBT adalah berdasarkan pemberian perkhidmatan dan bukan pusat keuntungan?
Objektif utama penubuhan PBT adalah untuk menyediakan perkhidmatan serta kemudahan –kemudahan awam kepada semua penduduk di dalam kawasan pentadbirannya bagi meningkatkan kesejahteraan dan keselesaan penduduk dan bukannya bertujuan untuk membuat keuntungan.
Pendapatan Pihak Berkuasa Tempatan adalah berasaskan tiga sumber iaitu hasil cukai ,hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil. Caj yang dikenakan ke atas sewaan harta seperti dewan, gelanggang dan sebagainya adalah termasuk dalam kategori hasil bukan cukai. Kenaan sewaan harta ini bukan untuk mendapatkan keuntungan, sebaliknya kos yang dikenakan bagi sewaan adalah sangat minimum. Caj yang minimum ini dikenakan untuk memastikan bangunan-bangunan kerajaan dapat di selenggara dan dijaga dengan baik. Setiap hasil yang dikutip oleh PBT seterusnya akan dikembalikan kepada rakyat dengan memberikan perkhidmatan seperti penyelenggaraan jalan dan bangunan, kutipan sampah, pembersihan longkang, pemotongan rumput dan sebagainya.
-
Sila senaraikan harta-harta dan aset-aset yang dimiliki oleh setiap PBT dalam negeri dan nilai bersih.
Jumlah Nilai Aset bersih di PBT Negeri Selangor adalah berdasarkan Penyata Kewangan bagi tahun 2007 yang telah diaudit. Jumlah nilai aset dirumuskan berdasarkan aset tetap yang di nyatakan pada kos ditolak susut nilai terkumpul. Kaedah pengiraan nilai aset bersih ini adalah mengikut kaedah garis lurus. Nilai aset bersih mengikut PBT bagi tahun 2007 adalah seperti di lampiran ‘B’.
NILAI ASET BERSIH PIHAK BERKUASA TEMPATAN SELANGOR TAHUN 2007 PIHAK BERKUASA TEMPATAN MBSA MBPJ MPK MPAJ MPSJ MPKJ HARTANAH LOJI DAN PERALATAN
Tanah 42,575,320.00 23,358,309.00 3,641,330.00 – 710,831.00 2,741,743.00 Bangunan 209,496,263.00 90,601,847.00 98,169,691.00 51,881,652.00 137,514,812.00 25,224,517.00 Jentera Dan Mesin 233,910.00 83,089.00 28,609.00 34,084.00 Kenderaan Dan Jentera Berat 2,031,823.00 2,425,971.00 1,061,380.00 707,083.00 1,930,760.00 2,350,131.00 Perabot Dan Lengkapan Pejabat 7,973,084.00 2,335,979.00 2,683,071.00 1,990,158.00 10,157,183.00 1,935,799.00 Lain-lain Kelengkapan 140,618.00 JUMLAH 262,451,018.00 118,722,106.00 105,638,561.00 54,578,893.00 150,342,195.00 32,286,274.00 KERJA DALAM PROSES 6,774,922.00 – 16,756,743.00 8,769,498.00 7,008,656.00 24,258,168.00 JUMLAH KESELURUHAN 269,225,940.00 118,722,106.00 122,395,304.00 63,348,391.00 157,350,851.00 56,544,442.00 PIHAK BERKUASA TEMPATAN MPSP MPS MDKS MDHS MDKL MDSB HARTANAH LOJI DAN PERALATAN
Tanah 17,529.00 – – 38,012.00 2,380.00 47,758.00 Bangunan 29,256,529.00 87,409,387.00 24,737,523.00 20,866,711.00 3,033,705.00 43,243,332.00 Jentera Dan Mesin 23,215.00 19.00 2,296.00 63,734.00 Kenderaan Dan Jentera Berat 1,717,678.00 2,036,324.00 344,452.00 677,897.00 213,110.00 380,716.00 Perabot Dan Lengkapan Pejabat 681,295.00 4,268,518.00 1,077,590.00 628,285.00 1,049,809.00 427,644.00 Lain-lain Kelengkapan 44,208.00 183,144.00 11,093,020.00 2.00 JUMLAH 31,673,031.00 93,781,652.00 26,159,565.00 22,394,068.00 15,394,320.00 44,163,186.00 KERJA DALAM PROSES 21,717,335.00 1,266,558.00 – 5,309,862.00 360,000.00 – JUMLAH KESELURUHAN 53,390,366.00 95,048,210.00 26,159,565.00 27,703,930.00 15,754,320.00 44,163,186.00