Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
198) PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi masalah longkang-longkang yang tersumbat di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan ?
Bagi mengatasi masalah longkang-longkang tersumbat di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, PBT akan melantik kontraktor bagi melaksanakan kerja- kerja pembersihan dan pengorekan longkang bagi memastikan pergerakan air di dalam longkang adalah lancar.
-
Berapakah jumlah peruntukan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam tahun 2011 jika ada untuk kerja-kerja membaik pulih kerosakan longkang dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor ?
-
Sila senaraikan Jumlah Peruntukan Kewangan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam tahun 2011untuk membaiki kerosakan longkang tersebut mengikut Majlis-Majlis Perbandaran dan Majlis- Majlis Daerah di Negeri Selangor ?