Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
39) PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah cara kempen bagi menggalakkan program kitar semula supaya program ini benar-benar berkesan di semua PBT?
Bagi menggalakkan program kitar semula dapat dilaksanakan dengan berkesan, ia perlu dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai sumber seperti penduduk/ NGO/ Agensi swasta/ sekolah dan pelbagai agensi yang lain. Program kitar semula ini juga dipergiatkan di peringkat sekolah kerana generasi muda ini mudah dibentuk dalam amalan kitar semula dan mereka adalah penyambung kepada generasi akan datang dalam amalan kitar semula bahan domestik ataupun minyak masak terpakai. Selain itu pihak PBT juga telah melaksanakan pelbagai program bagi menggalakkan program kitar semula seperti berikut:
- Mengadakan pertandingan kitar semula di antara sekolah
- Mengadakan pertandingan kitar semula di peringkat
- Mengadakan pameran dan ceramah di peringkat sekolah dan
- Menawarkan ganjaran kepada penduduk yang aktif menjalankan aktiviti kitar semula melalui program ‘Recycle & Rewards’
- Mengadakan pusat kitar semula untuk kemudahan
- Menawarkan perkhidmatan pengambilan bahan kitar semula dari rumah ke rumah.
- Menggunakan pelbagai media hebahan bagi tujuan promosi program seperti laman web, buletin, bahan-bahan cetak (pamplet, banner dan lain-lain) dan media
-
Apakah bentuk program dan insentif diberikan kepada PBT - PBT yang menjalankan inisiatif bersama dengan persatuan-persatuan penduduk atau NGO bagi menggalakkan aktiviti ke arah bandar selamat?
Antara program dan insentif yang diberi kepada PBT yang menjalankan inisiatif bersama penduduk atau NGO ke arah Bandar Selamat adalah seperti berikut:
i)Zon Bersih
Insentif kerajaan negeri kepada setiap PBT untuk melaksanakan program Zon Bersih di setiap PBT di mana sebanyak RM100,000.00 diperuntukkan.
ii)Program Hotspot
Insentif diberikan dari segi peruntukan pemulihan keselamatan di kawasan ‘hot spot’ jenayah. Berdasarkan amalan pemakaian reka bentuk bandar selamat untuk mencegah jenayah dan pemaju dan agensi kerajaan.
iii)Program Black Spot
Di bawah program ini satu kawasan yang berpotensi jenayah telah dikenal pasti Insentif diberi melalui peruntukkan untuk pembangunan fizikal sebanyak RM 2.35 juta bagi menangani isu kawasan gelap, sunyi, kotor dengan sampah- sarap, kurang pengawasan semula jadi dan menjadi sarang penagih dadah dan perjudian.
iv)CCTV
Inisiatif kerajaan negeri untuk menangani masalah jenayah dan pembuangan sampah. Sebanyak RM6,000,000.00 telah diperuntukkan bagi pemasangan CCTV di kawasan-kawasan yang terpilih di setiap PBT.
v)Audit Keselamatan Tempat Letak Kereta
Audit dijalankan oleh agensi-agensi yang dilatih oleh Jabatan Kerajaan Tempatan dan pemandu bagi memastikan tempat letak kereta di premis-premis perniagaan dan awam adalah selamat.
vi)Insentif Melalui Hadiah Geran Pertandingan Di Peringkat Komuniti.