Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
99) PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah kerajaan bagi merealisasikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang di PBT-PBT dan apakah pencapaian-pencapaian yang telah diperolehi?
Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan telah menyediakan Pelan Tindakan 5 Tahun bagi merealisasikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang di PBT-PBT dan seterusnya untuk meningkatkan tahap servis Kerajaan Tempatan. Pelan ini menggariskan perkara-perkara utama seperti berikut:-
- Menumpukan Tugas Asas PBT.
- Menambahbaik sistem pengauditan, pemantauan kerja dan pembayaran.
- Menubuhkan Pasukan Tindakan Segera (Pantas) di Majlis Bandaraya dan Perbandaran.
- Menetapkan Tatacara Operasi Piawai untuk seluruh PBT dalam proses penguatkuasaan, permohonan permit dan lesen.
- Mengurangkan kontraktor dan menambahkan pekerja PBT. Mengenakan hukuman berat kesalahan kebersihan.
- Membina Imej Positif.
- Memaparkan gambar Datuk Bandar/Yang Di Pertua dan barisan Pengarah PBT di billboard (rekabentuk adalah seragam).
- Projek Padang Ceria: membina / menaiktaraf minima 500 set kelengkapan / peralatan taman / padang seluruh Selangor oleh PBT.
- Mengadakan telematch tahunan yang melibatkan keseluruhan warga PBT bersama persatuan penduduk mengadakan telematch.
- Mengadakan Perjumpaan Perbandaran Berkala oleh Datuk Bandar/Yang Di Pertua.
- Mengadakan Facebook PBT dan Twitter PBT . Menyeragamkan kempen-kempen di PBT.
iii. Mendemokrasikan PBT.
- Mengadakan Siaran Secara Langsung Mesyuarat Bulanan.
Fokus Pada Majlis Bandaraya Dan Perbandaran.
- Memaparkan Minit Mesyuarat Bulanan Di Laman Web. Selaras Dengan Sek.27 Akta 171.
- Pemilihan Ahli Majlis Bandaraya Dan Perbandaran.
- Melantik Wakil NGO Ke Majlis Daerah.
- Menghadkan Tempoh Penggal Lantikan Ahli Majlis.
- Meningkatkan Kebajikan Warga PBT.
- Kajian ke atas mewujudkan pegawai kontrak dengan menawarkan gaji yang lebih tinggi, bonus persembahan kerja dan peluang kenaikan pangkat yang lebih menarik.
- Mempertingkatkan kelengkapan keselamatan untuk
Penguatkuasa.
- Menaikkan elaun kerja tambahan masa yang lebih tinggi.
khusus pada penguatkuasa dan pekerja yang bertugas diluar
pejabat.
- Kajian menggunakan software penilaian prestasi kerja.
- Menyempurnakan Tugas Tertangguh.
- Perlesenan Industri Burung Walit.
- Ruu Fi Lesen. (Taklimat Kepada Persatuan Perniagaan) vi. Projek Khas.
- Perkhidmatan Bas Bandar Percuma.
Fokus pada majlis bandaraya dan perbandaran mengikut keupayaan dalam menyediakan bas namun dapat memberi perkhidmatan terbaik dengan warna/design yang seragam.
- Menambahkan anggota penguatkuasa untuk kerja rondaan.
Fokus Pada Majlis Bandaraya Dan Perbandaran.
- Melibatkan Swasta Menyertai Projek Pemasangan CCTV. Menaiktaraf Pasar Awam.
Antara pencapaian yang diperolehi oleh hampir keseluruhan PBT-PBT Negeri
Selangor adalah :-
- Sijil Pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti Qe5s ;
- Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan
Awam Peringkat Negeri Selangor ; iii) Anugerah Inovasi Setiausaha Kerajaan Negeri ;
- Anugerah Pengurusan Pejabat Dan Pentadbiran Cemerlang
(APPPC) ;
- Penarafan 5 Bintang Laman Web/Portal Project Managed Portal
Services ;
- PBT-PBT di Selangor juga sentiasa menerima pelbagai pengiktirafan lain dari agensi dalam dan luar negara.
- Menumpukan Tugas Asas PBT.
-
Bagi maksud di atas, apakah kerajaan tidak berhasrat untuk membiayai konsultan luar demi menjayakan cita-cita tersebut.
Kerajaan tidak berhasrat untuk membiayai konsultan luar demi menjayakan cita-cita tersebut.
Kerajaan Negeri akan meneliti dan mengkaji sekiranya terdapat keperluan untuk menggunakan khidmat konsultan bagi apa-apa bentuk kajian atau penambahbaikan. Sebagai contohnya Kerajaan Negeri ada melantik juru perunding untuk mengkaji dan mencadangkan penambahbaikan bagi system pengurusan sisa pepejal. Selain itu, Kerajaan Negeri juga bercadang untuk melantik juru eprunding untuk mengkaji penialian prestasi dan tahap penyampaian perkhidmatan oleh PBT.perkara ini sedang dalam kajian.