Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

199) PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status kewangan semua PBT dalam negeri Selangor dan faktor-faktor sekiranya sesebuah PBT itu mencatatkan defisit dalam penyata kewangannya?

    Status kewangan PBT di Negeri Selangor tahun 2006 dan 2007 adalah seperti
    berikut:

    Faktor-faktor yang menyebabkan sesebuah PST itu mencatat defisit dalam penyata kewangannya adalah disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan
    mengurus disebabkan oleh kenaikan gaji kakitangan awam, perluasan kawasan Majlis, aduan-aduan awam yang bertambah, bencana alam, pembaikan kerosakan kemudahan awam akibat vandalisme, banjir, kos pengurusan sampah yang tinggi dan pelbagai perbelanjaan untuk program kemasyarakatan, sosial serta peruntukan susut nilai. Pada masa yang sama juga, hasil PST tidak meningkat selaras dengan perbelanjaan yang perlu dilakukan.

  2. Senaraikan butir-butir projek perumahan yang telah diluluskan dalam kawasan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk empat tahun yang lepas. (pemaju, lokasi, tempoh projek,jenis projek

    Sutir-butir projek perumahan yang telah diluluskan dalam kawasan Majlis
    Perbandaran Selayang (MPS) untuk empat tahun yang lepas. (pemaju, lokasi,
    tempoh projek, jenis projek) adalah seperti di Lampiran M :

  3. Apakah langkah-Iangkah yang akan diambil oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan keefisienan pentadbiran PBT serta mengatasi isu defisit PBT

    Antara langkah-Iangkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk
    meningkatkan keefisienan dan mengatasi defisit PST adalah dengan mengarahkan PST untuk menjalankan langkah-Iangkah seperti mengurangkan
    perbelanjaan-perbelanjaan pentadbiran yang kurang perlu kepada perbelanjaan yang benar-benar perlu sahaja serta menimbang semula projek-projek pembangunan yang tidak memberi impak kepada pembangunan negeri dan rakyat.

Lampiran

Tiada Lampiran.