Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
70) PIHAK BERKUASA AGAMA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan matlamat, fungsi dan kuasa yang ada padan pihak berkuasa agama seperti MAIS, JAIS dan sebagainya?
Secara umumnya, penubuhan pihak berkuasa agama adalah bermatlamat menjaga kemaslahatan orang Islam dalam negeri Selangor selaras dengan maqasid
MAIS merupakan pihak berkuasa yang bertanggungjawab:
- membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Sultan berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan agama Islam di dalam Negeri Selangor, kecuali perkara-perkara Hukum Syarak dan yang berhubungan dengan pentadbiran keadilan, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di dalam Negeri Selangor selepas Duli Yang Maha Mulia Sultan,
- bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka seseorang si mati atau sebagai pemegang amanah mana-mana amanah, serta;
- menggalakkan, mendorong, membantu dan mengusahakan kemajuan dan kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat Islam di dalam Negeri Selangor selaras dengan Hukum
JAIS bertanggungjawab melaksanakan pengurusan hal ehwal Islam terutamanya dalam perkara-perkara yang berhubung dengan dakwah, pengurusan undang- undang keluarga, pendidikan Islam, pengurusan masjid, penyelidikan, penguatkuasaan undang-undang dan pendakwaan.
Jabatan Mufti Negeri Selangor bertanggungjawab dalam perkara-perkara penetapan hukum Syarak.
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor bertanggungjawab dalam hal-hal pentadbiran kehakiman.
-
Apakah cabaran yang dihadapi oleh pihak-pihak ini?
Cabaran yang dihadapi oleh pihak-pihak ini dalam melaksanakan tugasnya, antara lain adalah seperti berikut:
- Mentadbir dan memenuhi keperluan orang Islam dengan sumber-sumber terhad,
- Kewujudan campurtangan yang tidak perlu oleh pihak-pihak berpengaruh dalam menjalankan tugasan, dan;
- Bekerja dengan nilai-nilai baik secara konsisten dalam merempuh persepsi negatif pelbagai pihak.
-
Bagaimanakah badan-badan ini dapat berfungsi baik selaras dengan matlamat penubuhannya?
Badan-badan ini dapat berfungsi baik selaras dengan matlamat penubuhannya antara lain dengan:
- Semua pihak memberikan kerjasama yang baik dalam pelaksanaan sesuatu kerja, permohonan sesuatu perkhidmatan dan sebagainya,
- Semua pihak memupuk budaya mendapatkan maklumat dari sumber pertama dan menyingkirkan persepsi negatif. Sebagai contoh, jika membuat permohonan, bertanyalah kepada jabatan berkenaan berapa tempoh masa yang diambil. Bukan menetapkan persepsi ‘lambat’ dan seumpamanya. Walhal, permohonan yang hampir serupa di tempat lain juga biasanya mengambil tempoh yang sama. Contoh lain ialah berfikiran bahawa sesuatu jabatan itu cenderung kepada pihak tertentu, dan;
- Semua pihak ikut peraturan yang