Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
35) PGK SELANGOR RM1500
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa lamakah paras RM1500 telah digunapakai secara rasmi dan apakah masalah yang telah dihadapi (jika ada) sejak ianya dilaksanakan?
Soalan (a), (b), dan (c) dijawab bersekali :-
Usaha membasmi kemiskinan di kalangan rakyat sentiasa menjadi fokus utama Kerajaan Negeri dengan membantu masyarakat meningkatkan tahap pendapatan dan keadaan sosio ekonomi untuk berhijrah keluar daripada kitaran kemiskinan. Untuk makluman, PGK RM1,500 seisi rumah ini telah mula digunapakai sejak tahun 2009 berdasarkan kepada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 1/2009 pada 7 Januari 2009. Berdasarkan kepada keputusan MMKN ke 40/2016 bertarikh 7 Disember 2016 pula MMKN bersetuju bahawa PGK Negeri Selangor dikekalkan pada paras RM1,500.00 seisi rumah dan pada waktu itu, PGK Selangor ini juga dilihat lebih realistik dan bersesuaian dengan senario ekonomi semasa berbanding dengan PGK Nasional iaitu RM930 seisi rumah (mulai tahun 2014). Tetapi pada tahun 2020, Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan kadar PGK yang baharu berjumlah RM2,000 seisi rumah memandangkan senario ekonomi semasa yang semakin tertekan. Ini adalah berdasarkan kepada keputusan MMKN ke 26/2020 bertarikh 29 Julai 2020 di mana MMKN bersetuju bahawa PGK Negeri Selangor dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM2,000 seisi rumah dan terpakai dalam menyelaras dan melaksanakan program Kerajaan Negeri Selangor.
Sejak daripada itu, kebanyakan syarat-syarat pendapatan program di bawah Kerajaan Negeri Selangor telah dinaikkan kepada RM2,000 seisi rumah dan ini membuka ruang kepada lebih ramai rakyat untuk memohon bantuan dan menerima manfaat. Oleh itu, permohonan bagi sesetengah bantuan tersebut mempunyai peningkatan dan melebihi sasaran kuota bilangan penerima manfaat disebabkan peruntukan tahunan yang kekal sama seperti pada tahun sebelumnya. Antara program-program yang telah ditambah baik dengan syarat pendapatan baharu tersebut adalah seperti, Kad Kasih Ibu Smart Selangor (Kad KISS), Kad Peduli Sihat, Program Bantuan Secara Baucar Jom Shopping bersempena perayaan dan Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan. Tetapi secara totalnya, Kerajaan Negeri tidak menerima sebarang permasalahan besar apabila PGK tersebut dinaikkan malah menerima sambutan yang amat baik daripada rakyat.
Kerajaan Negeri Selangor juga menyambut baik akan cadangan untuk meningkatkan nilai PGK Selangor yang baharu tetapi buat masa ini Kerajaan Negeri tiada perancangan dalam meningkatkan nilai PGK tersebut. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri akan teliti dan kaji semula dalam menentukan nilai PGK yang baharu itu benar-benar memenuhi keperluan kumpulan sasar. Kerajaan Negeri juga akan berusaha untuk memantapkan lagi program-program sedia ada selaras dengan matlamat Kerajaan Negeri untuk menjadikan insiden kemiskinan menjunam ke paras sifar.
-
Apakah masalah atau cabaran yang akan dihadapi sekiranya ianya dinaikkan?

Adakah sebarang rancangan pelaksanaan nilai PGK rasmi baru untuk Kerajaan Negeri?