Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
38) PEWARTAAN TAPAK RUMAH BERIBADAT BUKAN ISLAM
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila kemukakan senarai rumah ibadat bukan Islam mengikut DUN di Selangor.
Jumlah rumah ibadat selain Islam yang terdapat dalam inventori Kerajaan Negeri adalah sebanyak 1,511 buah. Pecahan mengikut PBT adalah seperti berikut:
PBT TOKONG KUIL GEREJA GUDWARA JUMLAH MBSA 16 53 12 1 82 MBPJ 45 53 37 2 137 MPK 210 138 11 0 359 MPAJ 29 10 22 2 63 MPSJ 8 34 30 0 72 MPS 21 38 0 0 59 MPKJ 117 76 1 1 195 MPSP 27 53 3 0 83 MDKL 30 48 9 1 88 MDHS 20 20 3 5 48 MDKS 81 174 18 2 275 MDSB 42 6 2 0 50 JUMLAH 646 703 148 14 1,511 -
Berapakah tapak tersebut yang telah diwartakan dan berapakah yang belum diwartakan?
Jumlah tapak rumah ibadat yang telah diwartakan sebanyak 66 buah dan pecahan mengikut PBT adalah seperti jadual di bawah :
PBT TOKONG KUIL GEREJA GUDWARA JUMLAH MBSA 0 0 0 0 0 MBPJ 1 1 0 0 2 MPK 8 6 0 0 14 MPAJ 0 0 0 0 0 PBT TOKONG KUIL GEREJA GUDWARA JUMLAH MPSJ 1 0 2 0 3 MPS 1 3 0 0 4 MPKJ 6 7 0 0 13 MPSP 4 0 1 0 5 MDKL 0 1 0 0 1 MDHS 1 4 0 1 6 MDKS 8 5 0 0 13 MDSB 4 0 1 0 5 JUMLAH 34 27 4 1 66 -
Apakah sebab-sebab tapak-tapak tersebut belum diwartakan?
Kebanyakkan rumah ibadat yang terdapat di Negeri Selangor masih belum diwartakan kerana :
- Tiada permohonan daripada pemilik rumah ibadat tersebut;
- Rumah ibadat terletak di atas rizab kerajaan bukan tujuan rumah ibadat atau di atas tanah hakmilik; dan
- Sedang dalam tindakan