Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
238) PEWARTAAN SUNGAI-SUNGAI DI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik terkini sungai-sungai di Selangor, adakah telah diwartakan?
Di Negeri Selangor terdapat 7 buah lembangan sungai iaitu Lembangan Sungai Selangor, Lembangan Sungai Klang, Lembangan Sungai Langat, Lembangan Sungai Bernam, Lembangan Sungai Buloh, Lembangan Sungai Tengi, Lembangan Sungai Sepang dan Pulau-pulau. Di dalam lembangan-lembangan sungai dan pulau-pulau ini terdapat 1025 cabang sungai di Negeri Selangor.
Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah mewartakan Lembangan Sungai Klang iaitu Sungai Klang dan cabang-cabangnya yang melibatkan 90 batang sungai di bawah subperenggan 13(i)(ii)(a) KTN 1965.
-
Apakah langkah proaktif Kerajaan Negeri bagi masa depan pewartaan sungaisungai di Selangor?
Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha untuk mewartakan semua sungai-sungai di Negeri Selangor tetapi masih belum dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana kos perbelanjaan bagi proses pewartaan adalah sangat tinggi. Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor melalui pihak LUAS telah mengambil inisiatif mewartakan 1025 batang sungai-sungai di Selangor di bawah seksyen 48 Enakmen LUAS 1999 sebagai Kawasan Zon Perlindungan.