Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

2) PEWARTAAN SEMULA HSKLU

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Hutan Simpan Kuala Langat Utara sudah diwartasemula? Kalau belum sila nyatakan sebab-sebab kelewatan.

    Pewartaan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara seluas 486.07 hektar (1,201.10 ekar) telah diluluskan oleh MMKN pada April 2022 yang lalu. Proses pewartaan semula HSKLU ini telah dilaksanakan di mana status terkini adalah di peringkat penyediaan Pelan Warta oleh Jabatan Ukur dan Pemetaaan (JUPEM) Negeri Selangor.

  2. Adakah Kampung Orang Asli yang dijanji tanah di kawasan tersebut telah diwartakan? Kalau belum sila nyatakan sebab-sebab kelewatan.

    Berdasakan maklumat daripada Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor, pewartaan Kampung Orang Asli Busut Baru yang terlibat seluas ±42ha (±103.91 ekar) telah diluluskan oleh MMKN pada Mac 2021. Pewartaan ini adalah di bawah Seksyen 7 Akta Orang Asli 1974 dan status terkini dalam tindakan Jabatan Ukur dan Pemetaaan (JUPEM) Negeri Selangor.

  3. Selepas kedua-dua pewartaan ini, apa perancangan Kerajaan Negeri untuk baki tanah di kawasan ini?

    Setelah pewartaan semula HSKLU dan Kampung Orang Asli Busut Baru dilaksanakan, baki tanah seluas ±8.5ha (±21.2139 ekar) adalah merupakan kawasan untuk jajaran paip air LRA Sg. Rasau selaras dengan Keputusan MMKN pada 13 September 2021.

Lampiran

Tiada Lampiran.