Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
345) PEWARTAAN SAR,SRA,KAFA,SURAU DAN MASJID
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah senarai nama secara terperinci SAR,SRA,KAFA,Surau dan Masjid yang ada mengikut Daerah di Selangor dan DUN?
Senarai nama sekolah boleh diperolehi melalui pautan https://pendidikan.jais.gov.my/ dan https://bit.ly/SANPDUNSEL
Manakala senarai masjid dan surau mengikut DUN boleh diperolehi melalui pautan https://bit.ly/masjidsuraujais
-
Apakah data terperinci status tanah SRA,SAR,KAFA, Masjid dan Surau yang telah di wartakan, belum diwartakan dan dalam proses pewartaan mengikut Daerah dan DUN di Selangor terkini tahun 2024/2025?
Jumlah bilangan tanah warta (tidak termasuk tanah perkuburan Islam) melibatkan surau, masjid dan sekolah keseluruhannya adalah sebanyak 1,248 tanah. Perkara-perkara lain selebih daripada itu tidak boleh didedahkan kerana ia melibatkan data sulit dan merupakan maklumat strategi kerajaan. Sekiranya YB memerlukan maklumat terperinci akan tanah tertentu boleh berhubung terus dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).