Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

208) PEWARTAAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejak bilakah seluruh Negeri Selangor termasuk Kampung-Kampung Tradisi diwartakan dibawah seliaan dan penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan di daerah masing-masing?

    Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan kawasan yang diisytihar dan diwartakan oleh Kerajaan Negeri di bawah Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] sebagai kawasan sesebuah PBT yang meliputi kawasan operasi dan kawasan kawalan. Tarikh sesuatu kawasan termasuk kampung tradisi sebagai kawasan PBT telah diwartakan seperti berikut:

  2. Apakah sumbangan PBT kepada Kampung Tradisi di Selangor?

    Kawasan kampung tradisi ditakrifkan sebagai kawasan yang terletak di bawah kawasan kawalan PBT namun tidak menerima perkhidmatan perbandaran tetapi PBT mempunyai kepentingan terhadap kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, PBT Negeri Selangor tetap menyumbang kepada penduduk di kawasan kampung tradisi dengan memberi kemudahan berikut:

    i) kutipan sampah;
    ii) mengadakan program kemasyarakatan; dan
    iii) menyelesaikan aduan penduduk, contohnya kacau ganggu anjing yang tidak berlesen.

  3. Berapakah kos tahunan selenggeraan PBT di Kampung Tradisi dan Nelayan di DUN Permatang?

    Anggaran kos tahunan yang dibelanjakan oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) bagi kutipan sampah domestik dan pukal di DUN Permatang adalah sebanyak RM90,000.00. Jumlah tersebut tidak termasuk bagi kos penyediaan tong dan tapak pengumpulan sampah.

Lampiran

Tiada Lampiran.