Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
12) PEWARTAAN PERKAMPUNGAN ORANG ASLI DAN KAWASAN RAYAU SELURUH SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan pewartaan perkampungan orang asli dan kawasan rayau seluruh Selangor.
Pewartaan perkampungan Orang Asli dan kawasan rayau di Selangor adalah penting untuk mengiktiraf dan melindungi hak tanah dan tanah adat komuniti Orang Asli. Di Selangor, beberapa perkampungan Orang Asli telah diwartakan sebagai kawasan penempatan rasmi mereka, manakala kawasan rayau pula merujuk kepada kawasan yang digunakan oleh Orang Asli untuk mencari sumber hidup seperti berburu, berkebun, atau mengutip hasil hutan.
Di Selangor terdapat 33 buah perkampungan Orang Asli yang telah diwartakan termasuk Sakai Rezab, manakala hanya 41 buah kampung Orang Asli masih belum diwartakan oleh kerana perkampungan terebut di dalam Rezab Hutan, pertindihan hak milik bergeran, lulus Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Rezab Melayu serta di dalam tanah kerajaan negeri.
-
Apakah halangan yang dihadapi dan penyelesaiannya?
Terdapat beberapa halangan utama yang dihadapi oleh komuniti Orang Asli dan penyelesaian yang boleh diambil untuk menangani masalah tersebut:-
i) Halangan
Walaupun mereka telah lama mendiami kawasan tersebut, tanah mereka sering tidak diwartakan atau diiktiraf secara rasmi dalam sistem tanah negeri. Hal ini menyebabkan tanah mereka terdedah kepada ancaman pembangunan atau pembalakan.
Berlaku pertikaian dan pertindihan tanah antara komuniti Orang Asli dengan Rezab Melayu, Rezab Hutan, tanah hak milik bergeran walaupun komuniti Orang Asli yang menetap sejak berates tahun dahulu.
ii) Penyelesaian
Kerajaan negeri perlu mengambil langkah proaktif untuk mewartakan perkampungan Orang Asli sebagai kawasan penempatan mereka. Ini memberi pengiktirafan undang-undang dan perlindungan terhadap tanah tersebut.
Mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi meyelesaikan mengatasi halangan-halangan yang dihadapi oleh komuniti Orang Asli di Selangor dalam mewartakan tanah mereka secara lebih berkesan dan efisien, yang telah duduki mereka sejak sekian lama.
-
Apakah status pewartaan perkampungan orang asli Pulau Kempas di Kuala Langat?
Merujuk kepada surat PDT Kuala Langat no. rujukan JAKOA/SEL/BA1/006/9/JLD3(31) bertarikh 5 November 2024 status tanah terkini bagi perkampungan Orang Asli Pulau Kempas masih lagi berstatus PTGS 22.2.2022 Draf warta.