Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

353) PEWARTAAN KAMPUNG TRADISI SEBAGAI WARISAN UNESCO

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah syarat dan kriteria bagi Kerajaan Negeri mewartakan sesebuah kampung tradisi sebagai warisan UNESCO ?

    Kerajaan Negeri komited dalam memelihara kampung-kampung tradisi yang mempunyai nilai warisan tinggi serta berpotensi untuk mendapat pengiktirafan kebangsaan mahupun antarabangsa, selaras dengan dasar pemeliharaan dan pemuliharaan warisan negeri.

    Syarat dan kriteria oleh Kerajaan Negeri untuk pencalonan sesebuah tapak sebagai Warisan Kebangsaan adalah berdasarkan ketetapan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645], manakala pecalonan sesebuah tapak sebagai Warisan Dunia adalah berdasarkan Konvensyen Warisan Dunia 1972 serta garis panduan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

    Buat masa ini Kerajaan Negeri tiada sebarang perancangan untuk mewartakan mana-mana kampung tradisi sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Walau bagaimanapun, perkara ini akan diperhalusi untuk dipertimbangkan di masa akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.