Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
146) Pewartaan Kampung Orang Asli Di Kuala Langat
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa penempatan Orang Asli telah dirizabkan di daerah Kuala Langat. Berapa lagi kampung yang masih menunggu atau dalam proses pengrizaban?
Penempatan Orang Asli di daerah Kuala Langat yang telah selesai perizaban adalah seperti berikut:
1. Sungai Bumbun (WKNS No. 3260 / 26.10.20170);
2. Taman Desa Kemandol (WKNS No. 600 / 3.3.2016);
3. Pulau Banting (WKNS No.151 / 16.1.2020); dan
4. Kepau Laut (WKNS No.152 & 153 / 16.1.2020)Penempatan Orang Asli yang dalam tindakan penyiaran warta perizaban adalah seperti berikut:
1. Paya Rumput;
2. Bukit Tadom; dan
3. Mutus TuaManakala, penempatan Orang Asli yang sedang dalam tindakan perizaban adalah seperti berikut:
1. Pulau Kempas
2. Bakar Leleh
3. Bukit Serdang
4. Bukit Cheeding
5. Busut Baru
6. Bukit Kechil -
Siapa yang membayar untuk proses pengukuran untuk menggazet kampung-kampung Orang Asli?
Bayaran proses pengukuran untuk perizaban Kampung Orang Asli adalah di bawah peruntukan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Walaubagaimanapun, terdapat pengukuran kampung orang asli yang dibiayai oleh peruntukan Kerajaan Negeri iaitu daripada peruntukan UPEN seperti Kg. Orang Asli Busut Baru.