Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
105) PEWARTAAN JALAN BATU BATA SUNGAI PLONG DI BAWAH MARRIS
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bilakah Jalan Batu Bata Sungai Plong tersebut dapat di wartakan di bawah MARRIS?
Jalan Batu Bata Sungai Plong telah didaftarkan dalam sistem MARRIS sebagai Jalan Pembangunan Luar Bandar di bawah Pejabat Daerah Tanah Petaling bermula pada tahun 2015. Berdasarkan Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri, peruntukan MARRIS hanya boleh digunakan bagi tujuan penyenggaraan jalan manakala bagi menaiktaraf jalan perlu menggunakan peruntukan pembangunan.
Walau bagaimanapun, Pejabat Daerah Tanah Petaling telah bersetuju dengan cadangan Y.B yang memohon Jalan Batu Bata didaftarkan ke dalam sistem MARRIS Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tertakluk kepada persetujuan MBSA kerana didapati jalan tersebut tidak mematuhi kriteria Jalan Kampung dan digunakan oleh jentera / kenderaan industri. Pejabat Daerah Tanah sedang merancang perbincangan dan penyelarasan lanjut bersama MBSA berhubung cadangan tersebut.
-
Mengapakah Pejabat Daerah Tanah Petaling meletakkan crusher run hanya sejauh 200 meter bagi nilaian kerja bernilai RM70,119.00 pada tahun 2016?
Kerja-kerja pembaikan Jalan Batu Bata Sungai Plong yang dijalankan pada tahun 2016 melibatkan juga kerja-kerja penjajaran semula jalan ke atas rizab jalan sebenar dan pengalihan utiliti awam serta kerja-kerja penambakan dan pemadatan crusher run kerana keadaan jalan tersebut yang amat teruk, berlubang-lubang dan mendap / tidak rata kerana dilalui oleh jentera berat / kenderaan industri. Jajaran jalan yang dilaksanakan adalah bagi jajaran jalan di bahagian hadapan yang berkelebaran sekitar 9 meter berdasarkan kuantiti yang telah ditetapkan.