Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

197) PEWARTAAN BUKIT SUNGAI PUTIH

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri telah mewartakan kesemua Bukit Sungai Putih dengan cerun kelas 4 sebagai rizab hutan?

    Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah mewartakan ke semua kawasan  Hutan Simpanan Kekal di Bukit Sungai Puteh yang terbahagi kepada dua (2) kawasan Hutan Simpan iaitu HS Bukit Sungai Puteh (Utara) dan HS Bukit Sungai Puteh (Selatan) dengan keluasan HS Bukit Sungai Puteh (Utara) adalah

    61.18 ha dan 34.77 ha bagi HS Bukit Sungai Puteh (Selatan) yang meliputi jumlah keseluruhan 95.95 ha. JPNS telah membuat semakan disekitar kawasan Bukit Sungai Seputeh dan mendapati tiada cerun Kelas 4 disekitar kawasan tersebut.

  2. Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk menukarkan tanah dengan pemilik tanah hutan demi mempertahankan kawasan hijau di Selangor?

    Pihak Berkuasa Negeri boleh menjadikan mana-mana tanah sebagai Hutan Simpanan Kekal jika Pihak berkuasa Negeri memikirkan ianya bermanafaat untuk melaksanakannya. Ianya adalah selaras dengan Dasar Kerajaan Negeri Selangor yang mengkehendaki sekurang-kurangnya 30.0% daripada keseluruhan keluasan tanah Negeri Selangor adalah dilitupi kawasan berhutan (hijau). Sehingga 31 Disember 2014 jumlah keluasan kawasan Hutan Simpanan Kekal bagi Negeri Selangor adalah 250.129 (31.54%) yang terdiri daripada Hutan Darat, Hutan Paya Gambut dan Hutan Paya

Lampiran

Tiada Lampiran.