Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
226) PETANI TANAMAN KONTAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa ramai petani-petani tanaman kontan di negeri Selangor yang mendapat bimbingan dari agensi yang bertanggungjawab?
Sehingga kini, seramai 401 orang petani tanaman kontan telah menerima insentif daripada Jabatan Pertanian Negeri Selangor.
-
Apakah usaha kerajaan negeri untuk mengekalkan tanah yang diusahakan tanaman kontan oleh mereka agar tidak disewakan kepada warga asing?
Pihak Jabatan Pertanian tiada punca kuasa untuk menghalang pemilik tanah bagi tanaman kontan dari menyewakannya kepada warga asing
-
Apakah terdapat peruntukan dari kerajaan negeri kepada agensi berbentuk baja, racun atau selainnya untuk diserahkan kepada petani-petani tersebut?
Jabatan Pertanian menyediakan insentif untuk pembangunan tanaman sayuran dan kontan di bawah PK08 di dalam Rancangan Selangor 1 (RS1) 2021-2025. Di bawah program ini, tiga komponen utama insentif berbentuk pembangunan kawasan dan infrastruktur ladang serta insentif kemudahan input pertanian dan kemudahan lepas tuai serta pembangunan teknologi. Bagi tahun 2024, sebanyak RM500,000.00 diperuntukan untuk petani tanaman kontan Negeri Selangor dengan kadar maksimum RM20,000 per hektar.