Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

33) PETANI / PESAWAH

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan beberapa strategi untuk menambah pendapatan pesawah melalui program pelbagai kegiatan ekonomi. Berapakah jumlah peruntukan yang telah diluluskan dalam tahun 2010 mengikut jenis program tersebut?

    1. Antara strategi mempelbagaikan pendapatan petani adalah melalui program industri  asas tani di mana keluarga pesawah boleh terbabit untuk mendapatkan sumber pendapatan
  2. Berapakah jumlah bilangan petani yang disasarkan dalam program pelbagaikan kegiatan ekonomi tersebut mengikut daerah-daerah?

    1. Jumlah petani yang disasarkan dalam program mempelbagaikan ekonomi melalui program industri asas tani mengikut daerah di kawasan barat laut adalah seperti berikut:

    Kuala Selangor -RM120,500.00

    Merangkumi projek pemprosesan makanan ringan dan segera, makanan dan kuih tradisional, bakeri dan pemprosesan herba, Bilangan petani terlibat adalah 10 orang.

    Sabak Bernam- RM100,000.00

    Merangkumi projek makanan ringan, makanan dan kuih tradisional. Bilangan petani terlibat adalah 7 orang.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.