Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

86) PESURUHJAYA BANGUNAN (COB)

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan berapa banyak aduan yang telah dilaporkan berkenaan dengan COB kepada setiap PBT dari bulan Oktober 2008 lalu hingga kini dan berapa daripada aduan tersebut telah diselesaikan.

    Statistik mengenai aduan yang diterima oleh COB mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan bagi bulan Oktober 2008 sehingga Februari 2009 adalah seperti berikut:

    Bil. Pesuruhjaya Bangunan

    Pihak Berkuasa Tempatan

    Jumlah

    Aduan

    Diterima

    Bilangan

    Aduan

    Selesai

    Bilangan

    Aduan

    Dalam

    Tindakan

    Bilangan

    Aduan

    Belum

    Diambil

    Tindakan

    1. Majlis Bandaraya Petaling Jaya 147 138 9
    2. Majlis Bandaraya Shah Alam 100 100
    3. Majlis Perbandaran Subang Jaya 134 110 24
    4. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 164 125 19 20 (Baru

    Diterima)

    5. Majlis Perbandaran Klang 19 16 3
    6. Majlis Perbandaran Selayang 103 103
    7. Majlis Perbandaran Kajang 87 27 50
    8. Majlis Perbandaran Sepang 38 31 7 0
    9. Majlis Daerah Hulu Selangor 74 69 4 1
    10. Majlis Daerah Kuala Langat 10 6 4
    11. Majlis Daerah Kuala Selangor 6 5 1 0
    12. Majlis Daerah Sabak Bernam 10 10
      JUMLAH KESELURUHAN 892 637 224 21

    Manakala, berdasarkan rekod Lembaga Perumahan Dan hartanah Selangor, statistik mengenai aduan yang diterima mengikut kawasan COB Pihak Berkuasa Tempatan bagi bulan Oktober 2008 sehingga Februari 2009 adalah seperti berikut:

    Bil. Pesuruhjaya Bangunan

    Pihak Berkuasa Tempatan

    Jumlah

    Aduan

    Diterima

    Bilangan

    Aduan

    Selesai

    Bilangan

    Aduan

    Dalam

    Tindakan

    Bilangan

    Aduan

    Belum

    Diambil

    Tindakan

    1. Majlis Bandaraya Petaling Jaya 8 2 6
    2. Majlis Bandaraya Shah Alam 2 1 1
    3. Majlis Perbandaran Subang Jaya 12 4 8
    4. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 6 3 3
    5. Majlis Perbandaran Klang 7 2 5
    6. Majlis Perbandaran Selayang 6 3 3
    7. Majlis Perbandaran Kajang 4 4 0
    8. Majlis Perbandaran Sepang 1 0 1
    9. Majlis Daerah Hulu Selangor 1 0 1
    10. Majlis Daerah Kuala Langat 0 0 0
    11. Majlis Daerah Kuala Selangor 0 0 0
    12. Majlis Daerah Sabak Bernam 0 0 0
      JUMLAH KESELURUHAN 47 19 28
  2. Adakah pegawai-pegawai baru akan dibekalkan untuk menolong dalam pengendalian isu-isu COB? Jika ya, sila nyatakan berapa banyak pegawai baru yang akan diambil dan kriteria-kriteria untuk perjawatan

    Ya, terdapat 29 orang pegawai-pegawai baru yang telah ditempatkan di semua Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengendalikan tugas dan kuasa Pesuruhjaya Bangunan seperti berikut:

    BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN BILANGAN PEGAWAI JAWATAN (GRED) JABATAN ASAL
    1. Majlis   Bandaraya Shah Alam 4

     

    1

     

    W44 Jabatan            Penilaian             Dan Pengurusan Harta
    1 W27 Akauntan Negara
    1 N17 Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
    1 N1
    2. Majlis          Bandaraya

    Petaling Jaya

    4 1 W44 Jabatan            Penilaian             Dan Pengurusan Harta
    1 W27
    1 W27 Akauntan Negara
    1 N1 Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

     

    BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN BILANGAN PEGAWAI JAWATAN (GRED) JABATAN ASAL
    3. Majlis Perbandaran Subang Jaya 3 1 W44 Jabatan            Penilaian             Dan Pengurusan Harta
    1 W27 Akauntan Negara
    1 N1 Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
    4. Majlis   Perbandaran Ampang Jaya 3 1 W44 Jabatan            Penilaian             Dan Pengurusan Harta
    1 W27 Akauntan Negara
    1 N1 Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
    5. Majlis   Perbandaran Klang 3 1 W44 Jabatan            Penilaian             Dan Pengurusan Harta
    1 W27 Akauntan Negara
    1 N1 Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
    6. Majlis   Perbandaran Selayang 3 1 W44 Jabatan            Penilaian             Dan Pengurusan Harta
    1 W27 Akauntan Negara
    1 N1 Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
    7. Majlis   Perbandaran Kajang 3 1 W44 Jabatan            Penilaian             Dan Pengurusan Harta
    1 W27 Akauntan Negara
    1 N1 Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
    8. Majlis   Perbandaran Sepang 2

     

    1

     

    W27 Jabatan            Penilaian             Dan Pengurusan Harta
    1 N1 Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
    9. Majlis Daerah Hulu Selangor 2 1 W27 Jabatan            Penilaian             Dan Pengurusan Harta
    1 N1 Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
    10. Majlis Daerah Kuala Langat 1 1 W36 Jabatan            Penilaian             Dan Pengurusan Harta
    11. Majlis Daerah Kuala Selangor 1 1 W36
    12. Majlis Daerah Sabak Bernam 1 1 W17 Jabatan            Penilaian             Dan Pengurusan Harta
    JUMLAH 29  

     

     

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan menempatkan tambahan 12 orang Petugas Khas Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 [Akta 663]  sepenuh masa selama tempoh 6 bulan di semua Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Selangor dan mereka ini diberi elaun. Penempatan Petugas Khas juga bertujuan membantu pegawaipegawai Pesuruhjaya Bangunan. Cadangan penempatan Petugas Khas Akta 663 mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan seperti berikut:

     

     

    BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN BIL. PETUGAS KHAS
    1. Majlis Bandaraya Shah Alam 1
    2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2
    3. Majlis Perbandaran Subang Jaya 1
    4. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 1
    5. Majlis Perbandaran Klang 1
    6. Majlis Perbandaran Selayang 1
    7. Majlis Perbandaran Kajang 1
    8. Majlis Perbandaran Sepang 1
    9. Majlis Daerah Hulu Selangor 1
    10. Majlis Daerah Kuala Langat 1
    11. Majlis Daerah Kuala Selangor 1
    12. Majlis Daerah Sabak Bernam
      JUMLAH 12

    Kriteria-kriteria Petugas Khas Akta 663 adalah mana-mana individu yang pernah terlibat di dalam hal-ehwal Kerajaan Tempatan yang terdiri daripada bekas kakitangan kerajaan, aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan para profesional yang mestilah menetap di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di mana penempatannya sebagai Petugas Khas Akta 663 ditetapkan.

  3. Apakah yang sedang dilakukan untuk menangani masalah ancaman tindakan undang-undang dan tuntutan-tuntutan mahkamah fitnah terhadap pegawaipegawai COB dan COB (Datuk Bandar) oleh pemaju-pemaju?

    Pesuruhjaya Bangunan dan pegawai-pegawai Pesuruhjaya Bangunan hendaklah memastikan pelaksanaan fungsi dan kuasanya mematuhi peruntukan Akta-akta berkaitan bagi mengelakkan sebarang tindakan mahkamah diambil ke atas mereka. Walau bagaimanapun, semua perbuatan, tindakan dan keputusan yang dilaksanakan oleh COB dan Pegawai-pegawai COB “dengan secara suci hati” (in a good faith) adalah dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 46 Akta 663.

Lampiran

Tiada Lampiran.