Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
47) PESERTA ZAKAT
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah mekanisma yang digunakan untuk memastikan bahawa penerima yang layak sahaja menerima zakat dapat dikenalpasti ?
Bagi mengenal pasti penerima bantuan zakat layak untuk menerima bantuan zakat, LZS menggunakan beberapa mekanisme. Antaranya:
- Menjalankan siasatan di lapangan bagi memastikan maklumat yang diberikan adalah benar.
- Semakan maklumat dengan merujuk kepada penolong amil kariah yang dilantik oleh LZS.
- Permohonan perlu mendapat pengesahan daripada ketua masyarakat (penghulu/ketua kampung/Nazir Masjid).
- Bagi permohonan kelayakan asnaf fakir dan miskin di Selangor, pemohon akan dibanci melalui pengiraan Had Kifayah isi rumah. Had Kifayah merujuk kepada suatu garisan kecukupan bagi seseorang individu mahupun sesebuah keluarga.
-
Apakah jenis-jenis bantuan zakat serta kelayakan yang dikenakan keatas pemohon ?
Untuk makluman, LZS mempunyai 158 jenis bantuan yang disusun melalui lima program pembangunan utama iaitu:
- Program Pembangunan Sosial
- Program Pembangunan Ekonomi
- Program Pembangunan Pendidikan
- Program Pembangunan Institusi Agama
- Program Pembangunan Insan
Setiap bantuan tertakluk syarat dan kelayakan berdasarkan kepada Garis Panduan dan Syarat Kelayakan Agihan Zakat yang sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
-
Mohon senarai nama-nama peserta serta bantuan zakat secara terperinci untuk penduduk DUN Kota Damansara N39
Untuk makluman LZS tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA). Sehubungan itu, agensi kerajaan yang ingin mendapatkan data / maklumat asnaf perlu mengemukakan permohonan secara rasmi kepada LZS dengan menyatakan tujuan data tersebut diperlukan.
Berikut merupakan jumlah asnaf fakir, miskin dan mualaf bagi Dun Kota Damansara: