Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

125) PESAWAH PADI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah nilai pelaburan yang diperolehi untuk meningkatkan hasil padi negeri?

    Kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM3,013,302.00 pada  tahun  2009 dan RM4,930,000.00 bagi projek meningkatkan hasil padi di bawah pakej rangsangan ekonomi Negeri Selangor.

  2. Selain teknologi sedia ada, apakah teknologi baru yang boleh digunakan oleh pesawah untuk meningkatkan hasil padi mereka?

    1. Teknologi baru yang digunakan oleh pesawah untuk meningkatkan hasil padi mereka antaranya adalah:

     

    • Teknologi laser digunakan di Selangor untuk mengukur kerataan sawah supaya mencapai tahap kerataan ±
    • Penggunaan transplanter yang mempunyai faedah secara tak langsung dapat mengawal padi angin dan juga siput
    • mesin menabur/menyerak kapur juga telah diperkenalkan untuk tujuan menggalakkan pesawah mengapur sawah mereka. Dengan ini, hasil padi dapat ditingkatkan.
  3. Apakah inisiatif tambahan selain tanaman padi agar pesawah dapat meningkatkan pendapatan mereka?

    1. Inisiatif tambahan selain tanaman padi agar pesawah dapat meningkatkan pendapatan mereka adalah antaranya

     

    • Program pengurusan jerami padi di mana petani menjual jerami padi kepada pengusaha ‘bale’, yang akan menjual ‘bale’ tersebut untuk digunakan sebagai makanan
    • Penghasilan vermikompos dimana penggunaan jerami padi sebagai  bahan utama dalam menghasilkan kompos dari proses penguraian  oleh  Program ini membantu petani dalam menambah pendapatan  hasil  penjualan  baja organik yang dihasilkan tersebut, baja organik tersebut  juga  dapat digunakan di sawah mereka.
    • Penglibatan petani dalam bidang usaha lain berasakan pertanian seperti Industri asas tani , agro pelancongan dan perusahaan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.