Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
129) PERWAKILAN WANITA
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam mempercepatkan dan meningkatkan kepimpinan wanita untuk mencapai 30 peratus penyertaan perwakilan dan pembuatan keputusan?
Pada Tahun 2017 Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan Dasar Wanita Selangor (DWS) dan Pelan Tindakan (2017-2020) yang merupakan rujukan dan halatuju pembangunan wanita di Negeri Selangor. Dasar ini mengangkat tema keadilan gander dan menjunjung prinsip hak asasi sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Dasar ini juga mempertegas kerangka hak-hak wanita dan kesaksamaan gander yang terkandung dalam Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW: Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women), Deklarasi dan Pelan Tindakan Beijing 1995 (Beijing Declaration and Platform of Action) dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG: Sustainable Development Goals) 2015-2030. DWS ini juga memanfaatkan Deklarasi Putrajaya dan Dasar Wanita Negara dan telah wujud ketika itu.
Antara Titik Tumpuan yang telah digariskan dalam DWS adalah berkaitan Perwakilan dan Kepimpinan iaitu dalam Titik Tumpuan 3 dan Matlamat 4 iaitu Mempercepatkan penyertaan, perwakilan dan pembuatan keputusan dalam kehidupan awam dan politik dalam kalangan wanita.
Justeru, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita & Keluarga melalui agensi Wanita Berdaya Selangor (WBS) telah melaksanakan dan akan melaksanakan beberapa program dalam usaha untuk mempercepatkan dan meningkatkan kepimpinan wanita mencapai 30 peratus penyertaan perwakilan dan pembuatan keputusan.
Kerajaan Negeri telah mewujudkan Pusat Wanita Berdaya (PWB) yang mengenengahkan kepimpinan wanita di akar umbi sebagai penggerak bagi program-program wanita. Pemimpin-pemimpin wanita di kalangan penyelia PWB ini telah diberikan latihan kepimpinan dan kemahiran pengurusan organisasi selaras dengan matlamat untuk menyedia dan mempercepat kepimpinan wanita yang berkualiti.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah mewujudkan sebuah Akademi Kepimpinan Wanita yang menjadi tunjang dalam melahirkan pemimpin wanita dalam usaha mencapai 30 % penglibatan wanita sebagai pembuat dasar dan keputusan. AKW merupakan satu platform latihan berstruktur kepada golongan wanita dengan pelbagai kelas bermodul dan juga latihan praktikal di lapangan demi memastikan graduan AKW ini benar-benar mampu menjadi pemimpin di segenap lapisan masyarakat. Menurut rekod, sejak dilaksanakan pada tahun 2019, AKW telah berjaya melahirkan graduan yang kemudiannya telah dilantik menjadi pemimpin seperti pemimpin tertinggi dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO), parti politik, Ahli Majlis, Ketua Kampung dan pelbagai lagi.
Pada tahun 2022 ini, Kerajaan Negeri turut merancang untuk melaksanakan program Sidang Wanita Selangor sebagai salah satu usaha untuk mempercepatkan dan meningkatkan kepimpinan wanita dalam mencapai 30 peratus penyertaan wanita sebagai pembuatan dasar dan keputusan.
Sidang Wanita Selangor ini bertujuan untuk:
- Mendedahkan dan menyediakan platform untuk mencungkil bakat
pemimpin wanita bagi menguasai isu dan dasar serta tadbir urus yang baik (good governance) ke arah kesaksamaan gender yang signifikan ke arah pembangunan negeri Selangor yang inklusif, adil dan saksama. - Berkongsi pemahaman dan pembangunan kapasiti kepimpinan ke arah 30 peratus kuota perwakilan wanita sebagai pembuat
- Meningkatkan keupayaan dan jaringan kepimpinan di kalangan wanita di negeri Selangor.
Program ini bakal mengetengahkan calon-calon pemimpin wanita yang berpotensi daripada 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor untuk diberikan latihan dan kemahiran berkaitan. Mereka yang terpilih akan diberikan peluang untuk mengetengahkan usul masing-masing dan berbahas seperti Ahli Dewan Negeri di Dewan Undangan Negeri sendiri.
- Mendedahkan dan menyediakan platform untuk mencungkil bakat
-
Berapakah jumlah perwakilan wanita di peringkat pembuatan keputusan dalam kalangan penjawat awam, ahli majlis dan ketua kampung?