Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
256) PERUSAHAAN MIKRO KECIL DAN SEDERHANA UNTUK MENINGKATKAN NILAI EKSPORT
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimana Kerajaan Negeri dapat membantu PMKS di Negeri Selangor untuk meningkatkan nilai eksport memandangkan pada tahun 2022, jumlah yang disumbangkan oleh PMKS hanya 10% daripada jumlah nilai eksport Malaysia?
Antara usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam membantu untuk meningkatkan nilai eksport Perusahaan Mikro Kecil & Sederhana (PMKS) seperti;-
- Antara objektif utama penganjuran Selangor International Business Summit (SIBS) adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan – usahawan Negeri Selangor menjadi pengeksport dan berdagang di peringkat antarabangsa. Sebanyak 255 syarikat dari Selangor telah mengambil bahagian dalam 5 pameran yang diadakan sempena International Business Summit (SIBS) bersama – sama pempamer – pempamer daripada negara China, Thailand, Indonesia, Cambodia, Jepun, Australia, Switzerland, France, USA, Singapura, Germany, India, Korea Selatan, Kazakhstan, Turkiye, Kenya, Uganda, UK, Taiwan, Vietnam, Bangladesh, Kuwait, Pakistan, Sri Lanka, dan lain-lain.
- Mempergiatkan aktiviti promosi pelaburan ke luar negara bagi mempromosikan peluang – peluang pelaburan dan perniagaan disamping membawa syarikat – syarikat dari Selangor yang berpotensi untuk ditemukan dengan syarikat dari luar negara.
- Mengadakan program – program expo dan pameran bagi usahawan Selangor untuk memperkenalkan mereka disamping memberi peluang kepada usahawan yang terlibat bagi meneroka dan memperluaskan pasaran produk keluaran tempatan ke pasaran antarabangsa.
- Mengadakan program usahasama dengan MATRADE bagi memberi pendedahan serta bimbingan untuk menembusi pasaran antarabangsa seperti program Hari Eksport Selangor yang dianjurkan oleh PKNS. Antara modul bimbingan yang dilaksanakan sepanjang program berlangsung seperti;-
- Solusi ekport seperti program eTrade
- Platform Perdagangan Digital MATRADE iaitu My Export
- Pembelajaran digital MATRADE bagi membantu syarikat meneroka pasaran antarabangsa dan mengenalpasti platform e-dagang
- Mengadakan program SIE (F&B) Supermarket Buyers Program dengan mewujudkan kerjasama strategik bersama beberapa pasaraya – pasaraya besar menerusi program Program Pembeli Pasaraya SIE (F&B) (atau SIE (F&B) Supermarket Buyers Program) didalam Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS). Program ini adalah satu inisiatif Invest Selangor untuk memperkenal dan menyenaraikan usahawan-usahawan terpilih yang menyertai pameran Selangor International Expo (F&B) ke dalam rantaian pembekal pasaraya-pasaraya yang terlibat. Usahawan berkenaan akan diberikan insentif bayaran fi pendaftaran pembekal, fi penyenaraian produk serta ruang promosi di kawasan pasaraya berkenaan.
- Menyediakan program latihan digital kepada usahawan Selangor yang berminat untuk mempelopori bidang perniagaan secara online seperti program Selangor E-Commerce Accelerator Program (ECX). Program ini memberi penekanan kepada program latihan dan bimbingan kepada usahawan IKS dalam membantu pengembangan perniagaan secara online dan secara lansung dapat memberikan sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor.