Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

315) PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS)

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah syarikat PKS yang beroperasi di Selangor dan sumbangannya kepada ekonomi negeri?

    Berpandukan daripada Bancian Ekonomi 2011, Profil Perusahaan Kecil dan Sederhana, Jabatan Perangkaan Malaysia yang dibuat 5 tahun sekali, jumlah PKS di Selangor adalah sebanyak 125,801.

    Berpandukan daripada Akaun Negara, KDNK Negeri 2005-2012, KDNK Negeri Selangor adalah sebanyak RM176,239 Juta (7.1%). KDNK tersebut disumbangkan melalui sektor pertanian 1.7 %, sektor pembuatan 31.5 %, sektor pembinaan 5.0%, sektor  perkhidmatan 58.3 %, dan sektor perlombongan / pengkuarian   3.5 %.

    Daripada jumlah peratusan tersebut, berpandukan Bancian Ekonomi 2011, Profil Perusahaan Kecil dan Sederhana, Jabatan Perangkaan Malaysia  menunjukkan 97.3 % adalah PKS.

    Oleh itu, sumbangan PKS kepada Negeri Selangor yang diterjemahkan di dalam bentuk KDNK adalah sebanyak RM171,480 Juta.

  2. Nyatakan jenis produk PKS yang menjadi penyumbang utama dalam perdagangan antarabangsa?

    Berdasarkan statistik yang diperolehi daripada MATRADE, produk PKS yang menjadi penyumbang utama dalam perdagangan antarabangsa (yang mencatatkan eksport tertinggi) ialah produk-produk makanan dan penyediaan makanan dengan nilai eksport bagi tahun 2013 sebanyak RM14,241.5 juta.

     

  3. Apakah strategi dan insentif Kerajaan Negeri kepada pengusaha PKS untuk meningkatkan nilai mereka?

    Strategi dan insentif Kerajaan Negeri kepada Pengusaha PKS untuk meningkatkan nilai mereka adalah:i- Pembelajaran yang berterusan

    – Kerajaan Negeri Selangor telah merangka dan akan meneruskan sirisiri latihan (seminar, kursus, bengkel) seperti Bengkel Program Peningkatan Keupayaan Reka Bentuk Pembungkusan Produk Usahawan Selangor), dan sedang mendapatkan kerjasama daripada agensi-agensi berkaitan untuk melaksanakan Taklimat Pembiayaan Perniagaan (Agrobank) Dan Seminar Kaedah Memasarkan Produkproduk ke Rangkaian “Hypermarker, Supermarket, Chain Stores” Malaysia, Taklimat Permohonan Halal, Taklimat Kelulusan MeSTI, Seminar Peluang Perniagaan Barangan  China & Vietnam, Kursus Peningkatan Jualan Melalui “Facebook  Marketing”, Seminar

    Kepentingan Pendaftaran Syarikat, Kursus Peningkatan Kompetensi Keusahawanan dengan kerjasama Malaysia Academic of SME & Entrepreneurship Development (MASMED) dan beberapa seminar dan taklimat yang lain.

    1. Bantuan Dana Industri Kampung
      • Memberikan bantuan dalam bentuk mesin / peralatan / perkakasan tidak melebihi RM10,000.00 kepada setiap pemohon. Pemohon yang layak adalah pengusaha yang menjalankan perusahaan secara sepenuh masa yang telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun.
    • Program Peningkatan Keupayaan Reka Bentuk Pembungkusan Produk Usahawan Selangor (4P) 2014
      • Melalui program ini usahawan diberi pendedahan kepada persembahan fizikal pembungkusan, reka bentuk, pelabelan dan pembangunan jenama. Strategi penjenamaan yang hasilnya dipercayai produk usahawan mampu bersaing di pasaran temoatan dan antarabangsa.
    1. Promosi
      • Membawa usahawan-usahawan ke pameran-pameran diperingkat

    Negeri atau Antarabangsa seperti Penang International Halal Expo &

    Conference (PIHEC), Malaysian International Halal Showcase

    (MIHAS), Halal Fiesta Malaysia (HALFEST), Festival Makanan & Kebudayaan Malaysia Sempena Sambutan 50 Tahun Sarawak

    Merdeka Dalam Malaysia,  Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI), Factory Outlet Carnival (FOC), Mini Karnival Usahawan dan Karnival Makanan di Jalan Masjid India dan beberapa program lain.

    1. Bazar Darul Ehsan

    – Sebagai Pusat Sehenti untuk pengusaha-pengusaha PKS memasarkan produk mereka. Bazar Darul Ehsan dahulunya dikenali sebagai Pusat Pengumpulan IKS.

    1. Konvensyen Keusahawanan

    – Jawatankuasa Tetap Pembangunan usahawan Negeri Selangor juga bercadang untuk menganjurkan Konvensyen Keusahawanan Negeri Selangor setiap tahun untuk mengumpulkan dan menghimpunkan usahawan-usahawan Negeri Selangor di bawah satu bumbung untuk mempromosikan produk-produk mereka. Di samping mempromosikan produk-produk mereka,turut akan berlangsung di dalam konvensyen tersebut adalah seminar-seminar dan beberapa lagi aktiviti-aktiviti yang mampu memberi nilai tambah kepada usahawan.

Lampiran

Tiada Lampiran.