Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

23) PERUNTUKKAN INFRASTRUKTUR SMART SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah RM14 juta yang diperuntukkan tahun ini digunakan untuk Smart Digital Eco-System? Sila berikan pecahan perbelanjaan

    Setakat 30hb September 2017, RM14 juta yang diperuntukkan masih belum diterima oleh SSDU. Berikut adalah senarai perbelanjaan yang telah dibuat dan di dalam proses permohonan tuntutan bagi disalurkan oleh Kerajaan Negeri :-

    Bil Butiran Jumlah       
    1 Smart App Development Platform (SADP) 392,836
    2 Smart Selangor Command Centre 1,258,675
    JUMLAH 1,651,511
  2. Bagaimanakah RM8 juta yang diperuntukkan tahun ini digunakan untuk Internet of Things (IoT)? Sila berikan pecahan perbelanjaan

    Setakat 30hb September 2017, RM8 juta yang diperuntukkan untuk Internet of Thing (IoT), hanya RM6 juta telah salurkan untuk perbelanjaan Wifi Smart Selangor. Berikut adalah senarai perbelanjaan yang telah dibuat :-

    Bil Butiran Jumlah       
    1 Wifi Smart Selangor 6,621,138
    2 Demonstrasi ‘Internet of Things’ 198,303
    JUMLAH 6,819,441

Lampiran

Tiada Lampiran.