Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

115) PERUNTUKKAN BANTUAN BULANAN KEPADA JKM OLEH NEGERI

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa peruntukkan bantuan bulanan yang ditanggung oleh kerajaan negeri bagi setiap penerima?

    Kadar kelulusan Bantuan Am adalah di antara RM75.00 hingga RM175.00 sebulan bagi setiap penerima. Jadual di bawah adalah menunjukkan bilangan penerima bantuan Am berserta jumlah RM bagi setiap daerah :

    BIL. PKMD BIL. KES JUMLAH (RM) (JUN 2012) JUMLAH (RM)

    (JAN-JUN

    2012)

    1 Petaling 1159 178,735.00 1,010,145.00
    2 Gombak 1078 105,475.00 622,630.00
    3 Hulu Selangor 1247 165,885.00 980,925.00
    4 Kuala Selangor 1100 123,660.00 706,042.00
    5 Sabak Bernam 585 92,735.00 545,810.00
    6 Hulu Langat 1514 210,245 1,217,575.00
    7 Sepang 682 78,460.00 469,450.00
    8 Klang 1368 192,325.00 1,102,695.00
    9 Kuala Langat 921 147,265.00 879,015.00
    JUMLAH 9654 1,294,785.00 7,534,287.00
  2. Adakah kerajaan negeri merancang untuk meningkatkan jumlah sumbangan?

    Sememangnya Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin dengan masalah kesempitan hidup yang dialami oleh rakyat di Negeri Selangor. Pelbagai masalah lain akan timbul sekiranya isu kebajikan rakyat tidak dibendung.

    Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan kadar bantuan bulan, iaitu Bantuan Am sebanyak RM75.00 hingga RM 175.00 sebulan kepada rakyat Negeri Selangor yang telah dikenal pasti layak untuk menerima bantuan ini oleh Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor.  Bantuan ini bertujuan untuk meringankan sedikit sebanyak bebanan keluarga/individu yang kurang berkemampuan dari sudut kewangan mengikut kategori yang telah ditetapkan.  Turut dihargai kepada Kerajaan Persekutuan di atas tambahan sebanyak 33.3.% bagi setiap jumlah bantuan am yang disalurkan kepada penerima bantuan.

    Perancangan untuk meningkatkan jumlah sumbangan bantuan bulan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor masih dalam pertimbangan. Kerajaan Negeri juga sedar bahawa keperluan rakyat yang menghadapi kesempitan kewangan demi menjalani kehidupan semakin hari semakin meningkat.  Namun begitu Kerajaan Negeri juga perlu membantu mereka dari kelompok kemiskinan dari dibelenggu kemiskinan yang berterusan.  Pelbagai program yang telah disediakan melalui program Polisi Workfare, iaitu dari bantuan kepada pekerjaan (Wellfare to Workfare) bagi membantu golongan ini membangunkan diri dan perniagaan yang diminati seterusnya dapat membantu menjana pendapatan tetap sekaligus dapat keluar dari kehidupan yang sukar.

    Walau bagaimanapun, bagi mereka yang benar-benar memerlukan bantuan secara bulanan, bantuan am ini akan diteruskan kepada penerima bantuan yang benar-benar layak.  Perancangan untuk meningkatkan jumlah sumbangan bantuan akan diperhalusi dengan lebih teliti bagi memastikan peruntukan yang disalurkan dapat dimanfaatkan oleh penerima bantuan sepenuhnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.