Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
58) PERUNTUKAN UNTUK SEKOLAH SEKOLAH KERAJAAN
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan dan dasar Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa sekolah-sekolah kerajaan mendapat bantuan demi memastikan suasana tempat belajar dalam keadaan selesa dan selamat untuk murid-murid serta guru-guru?
Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan Program Bantuan Sekolah bermula tahun 2009 sehingga tahun ini. Program ini merupakan bantuan dana untuk penambahbaikan infrastruktur sekolah-sekolah di Negeri Selangor agar selamat dan kondusif. Oleh itu sepanjang pelaksanaannya agihan bantuan yang telah diberikan kepada sekolah-sekolah seperti berikut :
- sebanyak 400 buah Sekolah Agama Rakyat yang terdiri daripada Sekolah Tahfiz, KAFA, Madrasah dan Pondok telah menerima bantuan;
- sebanyak 111 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan termasuk 4 buah Sekolah Menengah Persendirian Cina;
- sebanyak 97 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil menerima bantuan; dan
- yang terkini sebanyak 5 buah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dan 23 buah sekolah mubaligh turtu diberikan
Bantuan ini diagihkan mengikut keperluan sekolah-sekolah. Keutamaan yang menjadi pertimbangan pihak Kerajaan Negeri ialah isu-isu yang berkaitan keselematan dan keselesaan dalam pembelajaran.