Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

313) PERUNTUKAN UNTUK PENGHIASAN HARI PERAYAAN

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan akan mempertimbangkan memberi peruntukan kepada majlis tempatan dan pejabat DUN untuk menghias kawasan awam sempena hari perayaan?

    Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan perkhidmatan masyarakat kepada semua Pejabat Daerah dan Tanah berjumlah RM53.8 Juta bagi kesemua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Selangor. Mengambilkira ketetapan agihan berjumlah RM16.1 Juta atau 30 peratus bagi pelaksanaan projek kecil, anggaran baki berjumlah RM37 Juta boleh digunakan untuk program-program kemasyarakatan antaranya adalah bagi menghias kawasan awam sempena hari perayaan. Keperluan ini boleh diselaraskan dengan pihak Pejabat Daerah dan Tanah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing tertakluk kepada ketetapan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 1 Tahun 2019: Garis Panduan Penggunaan Peruntukan Ahli Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Negeri Selangor. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri berpandangan peruntukan bagi tujuan menghias kawasan awam sempena hari perayaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan boleh ditampung menggunakan peruntukan masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.