Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
209) PERUNTUKAN UNTUK MEMBERDAYAKAN PUSAT WANITA BERDAYA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan mempunyai peruntukan khas untuk mempastikan pusat aktiviti wanita dilengkapkan dengan operasinya untuk berjalan lancar DAN TIDAK MENGHARAP SUMBER kewangan lain (seperti program PTRS)?
Pada ketika ini PWB sedia ada telah dibekalkan dengan peralatan dari Kerajaan Negeri dengan peruntukan sebanyak RM15,0000.00 di setiap DUN. Walau bagaimanapun, bagi PWB yang aktif, Kerajaan Negeri telah memberikan peruntukan tambahan sebanyak RM10,000.00 bagi pembelian pertambahan peralatan.
Selain itu, PWB yang ada boleh membuat aktiviti tambahan dengan mendapatkan peruntukan tambahan melalui ADUN Kawasan atau Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita.
Untuk makluman, Kerajaan Negeri ketika ini dalam proses untuk menambah baik PWB sedia ada yang mana kertas cadangan sedang disediakan bagi memastikan kelancaran PWB sehingga ke akar umbi.
Nota Tambahan:
Ketika ini terdapat 9 PWB yang aktif yang telah menerima peruntukan sebanyak RM25,000.00 untuk peralatan asas.
-
Adakah PWB mempunyai program 'outreach' kepada wanita marhaen?
Pusat aktiviti wanita atau dikenali sebagai PWB yang bergerak aktif tidak disediakan dengan satu peruntukkan khas. Namun demikian, peruntuk ada disediakan, tetapi mengikut keperluan PWB sedang dipergiatkan aktiviti-aktiviti di peringkat komuniti dengan penglibatan dari Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita di Peringkat Daerah mahupun PBT. Antara aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti berbentuk tidak berstruktur seperti Kelas Jahitan, Kelas Memasak dan juga Kelas Kraftangan. Selain dari itu, kelas-kelas pengajian agama juga sedang rancak dilaksanakan.
Di bawah PWB tiada lagi penglibatan oleh pihak UNISEL, namun begitu, PWB yang juga di bawah Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga sedia bekerjasama dengan mana-mana agensi atau Institusi-institusi Pengajian Awam atau Swasta (IPTA atau IPTS) seperti UNISEL sekiranya terdapat cadangan yang diutarakan.