Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
106) PERUNTUKAN UNTUK KAMPUNG BARU CINA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukan untuk pembangunan Kampung Baru Cina?
a) dan b)
Pada tahun 2019, sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan bagi projek-projek pembangunan kampung baru di Negeri Selangor di mana peruntukan dibahagikan kepada Projek Naiktaraf Catwalk, Projek Naiktaraf Dewan, Projek Naiktaraf Jalan dalam kampung dan Program Kemasyarakatan seperti pertandingan Bola Keranjang antara Kampung Baru, Program Menghiasi Rumah sempena Sambutan Tahun Baru Cina dan program gotong-royong mega.
-
Berapakah yang telah dipohon pada tahun ini?