Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

95) PERUNTUKAN UNTUK HAL EHWAL ISLAM

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan peruntukan yang telah diluluskan untuk hal ehwal islam bagi negeri Selangor.

    Kerajaan Negeri Selangor menyediakan peruntukan bagi tujuan pelaksanaan program – program berkaitan hal ehwal Islam. Peruntukan khusus bagi pelaksanaan program berkaitan hal ehwal Islam hanya diluluskan bermula tahun 2023. Keseluruhannya peruntukan bagi tempoh 2023 hingga 2025 adalah berjumlah RM1.5 Juta dengan peruntukan tahunan berjumlah RM 500,000.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.