Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
36) PERUNTUKAN UNTUK BANTUAN BENCANA
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah wujudnya satu dana khas untuk diperuntukkan bagi bantuan bencana? Jika ya, sila memaklumkan jumlah bagi tahun ini.
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan dana khas melalui Kumpulan wang Tabung Khas Bencana yang tujuan penubuhannya adalah untuk membiayai perbelanjaan bagi membantu kerja-kerja menyelamat dan kerja-kerja berkaitan dengannya serta mangsa bencana, waris-waris mangsa dan mereka yang secara langsung atau tidak langsung terlibat dengan bencana berkenaan yang mana akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola yang dipengerusikan oleh Y.B. Pegawai Kewangan Negeri
Melalui Kumpulan wang tersebut juga, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM40,000.00 kepada setiap daerah di Negeri Selangor bagi tujuan apungan. Bayar balik perbelanjaan yang dilakukan dengan wang apungan tersebut akan dibuat melalui rekomen yang dikemukakan oleh Pejabat Daerah. Baki Kumpulan wang Tabung Khas Bencana seperti pada 1 Mac 2010 ialah sebanyak RM4,344,350.05.
-
Adakah kerajaan negeri mempunyai rekod statistik kes-kes bencana alam? Jika ya, sila membekalkan
Kerajaan Negeri tidak mempunyai rekod khusus statistik mengenai kes-kes bencana alam. Walau bagaimanapun, daripada perbelanjaan yang telah dibuat daripada Kumpulan wang Tabung Khas Bencana tersebut dapat dikenal pasti kes-kes bencana terlibat adalah seperti banjir, kebakaran dan tanah