Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

377) PERUNTUKAN UNTUK AGAMA ISLAM DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Jika salah satu diantara 5 Tekad Kerajaan Negeri Selangor ialah "Agama sebagai cahaya dan inspirasi kehidupan bermaruah di Selangor", mengapakah peruntukan untuk agama Islam di Selangor tidak meningkat secara signifikan?

    Peruntukan mengurus (B14) JAIS meningkat pada setiap tahun. Seperti semua sediamaklum pengagihan peruntukan mengurus kepada setiap jabatan di bawah pentadbiran Negeri Selangor adalah mengambil kira instrumen kawalan perbelanjaan Jabatan dengan pengurangan dua (2) peratus peruntukan mengurus sedia ada. Namun yang demikian angka yang diterima oleh JAIS adalah meningkat setiap tahun walaupun instrumen tersebut dipraktikkan. Bagi peruntukan yang melibatkan 4 perkara seperti emolumen, perubatan, utiliti dan kontraktual tidak terjejas kepada peruntukan yang diterima jabatan dan menjadi keutamaan perbelanjaan. Manakala Peruntukan keseluruhan bagi Peruntukan Pembangunan (P14) untuk sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12/ RS-1) adalah sebanyak RM583,252,170.00. Peruntukan Pembangunan (P14) yang diterima oleh JAIS adalah berdasarkan kepada kelulusan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri melalui UPEN dengan mengambil kira perancangan bagi RMK-12 sepanjang 5 tahun.

  2. Sedangkan permintaan sekolah agama meningkat di setiap daerah di Selangor.

    Sub-soalan telah di tolak

Lampiran

Tiada Lampiran.