Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

154) PERUNTUKAN TAHUNAN BAGI ADUN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Setiap tahun Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sejumlah wang bagi Ahli Dewan Undangan Negeri menggunakannya untuk membantu penduduk di kawasan masing-masing. Berapakah peruntukan tersebut dan jumlah yang telah dibelanjakan setakat ini bagi setiap Kawasan dalam negeri Selangor? Sila beri butiran terperinci perbelanjaan tersebut mengikut kawasan

    Kerajaan Negeri Selangor melalui cabutan daripada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang diadakan pada 4 Oktober 2006 telah
    memutuskan peruntukan bagi setiap Ahli Dewan Undangan Negeri adalah
    sebanyak RM500,000 setahun dan peruntukan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
    Negeri adalah sebanyak RM600,000 setahun.

    Jumlah keseluruhan peruntukan ADUN yang diperuntukkan bagi tahun 2008
    adalah sebanyak RM29,544,000dan jumlah yang telah dibelanjakan setakat 26
    Mac 2008 adalah sebanyak RM26,636,844.33.Baki peruntukan tersebut adalah
    sebanyak RM2,907.155.67.

Lampiran

Tiada Lampiran.