Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

70) PERUNTUKAN SUKAN WANITA

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan rancangan Kerajaan Negeri untuk memperkembangkan sukan wanita di peringkat akar umbi.

    Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) sentiasa menyokong dan memberi bantuan kepada sukan-sukan yang dipelopori wanita di peringkat akar umbi. Rancangan pelaksanaan sukan wanita khususnya untuk program akar umbi adalah melalui program yang dirancang melalui pihak Persatuan Sukan Negeri dan Majlis Sukan Daerah yang melaksanakan program-program sukan teras dan pilihan.

  2. Berapakah peruntukan akan digunakan?

    Bagi tahun 2020 ini, peruntukan yang disediakan bagi program akar umbi ini adalah sebanyak RM297,000.00 yang merangkumi beberapa aspek iaitu bantuan kejurulatihan dan bantuan pusat latihan.

Lampiran

Tiada Lampiran.