Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
100) PERUNTUKAN SUKAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah nilai peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri bagi aktiviti sukan di Negeri Selangor bagi tahun 2024?
Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited dalam memastikan semua program mahupun aktiviti sukan dapat dijalankan dengan baik di Seluruh Negeri Selangor. Pada tahun 2024 Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukan kepada Majlis Sukan Negeri Selangor sebanyak RM 8 juta untuk melaksanakan program-program pembangunan sukan dan persediaan Kontinjen SUKMA.
Bagi tahun 2024 keutamaan Majlis Sukan Negeri Selangor adalah dalam persiapan Kontinjen SUKMA yang akan berlangsung di Sarawak pada bulan Ogos dan akan menyertai sebanyak 37 jenis Sukan. Peruntukan tersebut digunakan sebaiknya bagi memastikan persiapan atlet dan pasukan berjalan lancar seperti yang dirancang.
Bagi program-program pembangunan sukan yang lain ianya terus dilaksanakan sepanjang tahun 2024. Penyaluran peruntukan tetap diberikan kepada Persatuan Sukan Negeri mahupun atlet atau pasukan yang tidak terlibat dengan Temasya SUKMA 2024. Ianya bagi memastikan kesinambungan program pembangunan terus berjalan terutamanya atlet diperingkat akar umbi hinggalah ke atlet berprestasi tinggi.