Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

118) PERUNTUKAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA)

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa dan bagaimana peruntukan diberi kepada setiap sekolah?

    Peruntukan yang diberi kepada setiap sekolah adalah berdasarkan kepada gred, iaitu bagi sekolah Gred A, peruntukan operasinya ialah sebanyak RM813,600.00, Gred B RM406,200.00 manakala Gred C RM222,600.00.

     

  2. Bagi SRA yang pelajar kurang 500 orang. Berapakah diperuntukkan setahun bagi perbelanjaan kemudahan pengurusan pejabat dan guru?

    Sama seperti di SUB(a)

  3. Apakah bentuk kemudahan yang di bekalkan setiap tahun? Senaraikan.

    Bentuk kemudahan yang dibekalkan setiap tahun adalah:

    • Pengawal Keselamatan
    • Pembersih Kawasan
    • Guru Tetap/ Kontrak
    • Guru KAFA
    • Peruntukan Elaun Baru Guru KAFA
    • Pegawai Sokongan
    • Utiliti

     

Lampiran

Tiada Lampiran.